Jika anda pernah mengunjungi suatu keajaiban alam, saat anda menyaksikannya ialah saat yang membangkitkan rasa takjub. Melihat Grand Canyon, Air Terjun Niagara, atau Pergunungan Alps di Switzerland buat kali pertama akan membuat anda terpukau dan seketika mengagumi ciptaan Allah. Tetapi jika keindahan alam dapat membangkitkan tindak balas sedemikian, maka keindahan Allah yang tidak terbatas akan membuat anda takjub selama-lamanya. Saat “Memandang” itu akan sedemikian rupa sehingga seluruh diri anda akan tertarik kepada Allah sebaik sahaja anda bersemuka dengan-Nya. Dan “saat” itu akan menjadi satu saat yang abadi. Saat itu boleh bermula sekarang jika anda membiarkan diri anda ditarik untuk menyembah Allah (Lihat Diari #1652).
Adakah anda memahami apa yang dimaksudkan dengan menyembah Allah? Hanya ada satu cara untuk memahaminya, iaitu dengan melakukannya. Sebagai contoh, seseorang mungkin menceritakan kepada anda segala-galanya tentang Grand Canyon, dan ceritanya mungkin menarik, tetapi melihatnya dengan mata sendiri mengubah pemahaman anda sepenuhnya. Renungkanlah hari ini sama ada anda tahu atau tidak apa ertinya menyembah Allah dengan segenap jiwa anda. Jika anda belum mengetahuinya, carilah keajaiban adikodrati ini.
Ya Tuhan, aku ingin menyembah-Mu dengan seluruh diriku. Aku ingin terpukau oleh keindahan dan kemuliaan-Mu. Tariklah aku mendekat kepada-Mu, ya Tuhan yang kukasihi, dan izinkanlah aku melihat walau sekilas kemuliaan yang akan kupandang selama-lamanya. Yesus, aku percaya kepada-Mu.
Novena Maria Dikandung Tanpa Noda
29 November-7 Disember
Novena Krismas Santo Andreas
Menurut tradisi, didoakan 15 kali sehari dari 30 November hingga Malam Krismas.
Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain





