Bahasa Melayu

Renungan 58: Penyucian daripada Dosa

Talskiddy di Wikipedia bahasa Inggeris, CC BY-SA 3.0, melalui Wikimedia Commons

Video

Dosa ialah topik yang dielakkan oleh ramai orang.  Kita tidak suka memikirkan dosa-dosa kita.  Kita tidak suka mengakuinya, dan kita sering mencari pembenaran bagi dosa-dosa itu seolah-olah kita tidak berdosa.  Kita mudah sahaja memberikan alasan bagi “dosa” ini atau itu.  Namun, ada satu lagi cara untuk memandang dosa.  Kita patut melihat dosa kita, tidak kira betapa berat atau kecilnya, sebagai sebatang ranting kecil.  Kemudian, kita patut membayangkan api yang besar dan marak menyala.  Jika anda melemparkan ranting itu ke dalam api, ranting itu akan serta-merta hangus.  Ranting itu ialah dosa kita, dan Kerahiman Allah begitu berkuasa sehingga dapat menghanguskannya dengan mudah dan pantas.  Kita hanya perlu rela mengakui dosa-dosa kita dan melemparkannya ke dalam api Kerahiman Ilahi yang menyala-nyala itu (Lihat Buku Harian #178).

Dapatkah anda mengakui dosa anda?  Adakah anda menyedari dosa anda?  Tanpa alasan, hanya kejujuran.  Dan adakah anda sanggup mengakukan dosa-dosa anda, semuanya, dalam api sakramental Rekonsiliasi?  Jika anda menyedari kuasa Kerahiman Ilahi serta kesediaan Allah untuk menghapuskan dosa anda, anda tidak akan takut untuk mengakuinya dengan jujur dan membiarkan Dia menghanguskannya.  Cubalah memeriksa batin anda hari ini dan hadapilah apa yang perlu anda biarkan Allah hanguskan.

Tuhan, Kerahiman Ilahi-Mu tidak terbatas dan amat berkuasa.  Kerahiman-Mu ialah nyalaan kasih yang membara.  Bantulah aku untuk cukup percaya kepada-Mu sehingga aku berani menghadapi dosaku dengan jujur dan melemparkannya ke dalam api Sakramen Rekonsiliasi.  Semoga aku percaya akan Sakramen yang mulia ini dan, dengan berbuat demikian, semoga aku percaya kepada-Mu.  Yesus, aku sungguh percaya kepada-Mu.

Meditasi Hari Kesembilan:
40 Hari di Padang Gurun & 40 Hari di Kaki SalibBahan untuk Masa Prapaskah

27 Februari: Santo Gregorius dari Narek, Abas dan Pujangga Gereja

Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain

Renungan Injil Harian

Para Kudus/Perayaan Hari Ini