Bahasa Melayu

Renungan 152: Misteri Rahmat Penderitaan

Penderitaan manusia merupakan salah satu misteri terbesar dalam kehidupan.  Diari Santa Faustina, serta seluruh tradisi rohani iman kita, banyak menyingkapkan misteri penderitaan yang mendalam ini.  Pertama, dari sudut pandangan yang semata-mata sekular, penderitaan sama sekali tidak diingini.  Malah, penderitaan biasanya dielakkan dengan apa jua cara dan dianggap sebagai tragedi yang paling besar.  Namun, dari perspektif Kristian, penderitaan itu sendiri telah…

Renungan 147: Kerahiman melalui Perbuatan, Kata-kata dan Doa

Adakah anda ingin menjadi alat kerahiman Allah yang tidak terselami?  Jika demikian, anda melakukannya melalui perbuatan, kata-kata dan doa anda.  Pertama, anda mesti sentiasa peka terhadap peluang untuk menunjukkan kerahiman melalui perbuatan anda.  Terlalu kerap, apabila diberi peluang (seperti untuk mengampuni orang lain), kita berpaling…

Renungan 146: Berdoa dengan Menghayati Sengsara Kristus

Kita semua mengetahui Sengsara suci Tuhan kita.  Namun, hanya segelintir yang mampu menatap Sengsara-Nya dengan perasaan dan kasih yang tulus.  Dalam doa, kita mesti belajar merenungkan Sengsara Tuhan kita dengan penuh khusyuk.  Hal ini bukanlah terutama sesuatu yang kita lakukan dengan usaha kita sendiri; sebaliknya…

Renungan 145: Tenggelam dalam Kekaguman akan Kasih

Jatuh cinta boleh membuat seseorang “terpesona.”  Bentuk kasih manusiawi ini boleh membuat anda kelu sehingga anda tidak merasakan perlunya, atau bahkan tidak mampu, mengungkapkan dengan tepat apa yang anda rasakan.  Namun, kasih Allah melampaui segala pengalaman kasih manusiawi dan, oleh itu, apabila dialami pada…

Renungan 139: Penyelenggaraan Ilahi Menjadikannya Kenyataan

Kadangkala kita cenderung mendesak agar Kehendak Allah terlaksana lebih cepat daripada yang dikehendaki-Nya.  Akibatnya, kita akhirnya melakukan kehendak kita sendiri dan bukannya kehendak Allah.  Kuncinya ialah kesabaran.  Kita mesti menantikan Tuhan dengan sabar supaya Dia bertindak dalam diri kita, agar Dialah yang melakukan segala sesuatu melalui kita.  Sebenarnya…

Renungan 138: Kerahiman Allah Tidak Terhingga

Mungkin tidak menghairankan apabila kita mendengar bahawa kerahiman Allah tidak terhingga.  Namun, konsep “ketakterhinggaan” bukanlah mudah untuk difahami.  Malah, ada yang berpendapat bahawa konsep ini mustahil untuk difahami.  Menyelami sesuatu yang tidak terhingga dan tidak berbatas adalah di luar jangkauan pemahaman kita.  Maka…

Renungan 132: Allah yang Tidak Terselami

Satu kecenderungan yang kita semua miliki ialah rasa ingin tahu. Kita mudah tertarik kepada hampir segala-galanya, dengan keinginan untuk mengetahui. Majalah, rencana berita, rancangan, sesi gosip harian dan sebagainya, semuanya bertujuan memuaskan rasa ingin tahu kita. Rasa ingin tahu ini mesti berubah menjadi keinginan untuk mengenal Allah dan…

Renungan 128: Kemanisan Pertemuan dengan Yesus

Pernahkah anda mengalami kemanisan Yesus?  Dia, bersama Bapa dan Roh Kudus, datang kepada anda di lubuk jiwa anda yang tersembunyi.  Di situ, di tempat yang tersembunyi ini, Mereka ingin berkomunikasi dengan anda.  Komunikasi Mereka melampaui kata-kata dan konsep.  Ia…

Renungan 126: Rasa Takut Seorang Anak – Rasa Takut yang Baik

Adakah anda mempunyai rasa takut dalam hidup anda? Penting untuk diketahui bahawa sesetengah rasa takut tidak sihat kerana berpunca daripada suatu bentuk kesombongan, manakala suatu bentuk rasa takut yang lain pula sihat kerana terhasil daripada kasih anda yang mendalam kepada Allah. “Rasa takut yang suci” ialah rasa takut seorang anak, iaitu rasa takut seorang anak Allah. Ini…

Renungan 122: Jika Anda Boleh Memilih

Jika anda boleh memilih antara segala kekayaan di dunia dengan hubungan yang akrab dan penuh kasih dengan Yesus, yang manakah akan anda pilih?  Jangan terlalu cepat menjawabnya.  Kita mungkin tahu bahawa memilih Yesus ialah jawapan yang betul, tetapi adakah anda benar-benar akan memilih Dia?  Bayangkan kuasa dan “kebebasan” duniawi yang anda…