Bahasa Melayu

Renungan 220: Jiwa yang Tersiksa

Ada orang yang berasa amat tersiksa di lubuk jiwa mereka. Kadangkala hal ini disebabkan oleh dosa, dan kadangkala oleh Kerahiman Allah yang istimewa, yang membolehkan jiwa mengalami penderitaan yang dilalui Yesus. Walau apa pun keadaannya, jika anda mengalami…

Renungan 218: Sekilas Kesedaran akan Allah

Memahami Allah dan jalan-jalan-Nya itu penting, tetapi memahami tidak sama dengan mengenal.  Mengenal Allah bererti kita bertemu dengan suatu Peribadi.  Kita bukan sekadar memahami apa yang dikatakan oleh Peribadi ini; sebaliknya, kita berinteraksi, bertemu, mengalami kehadiran-Nya dan menjalin hubungan dengan Peribadi ini.  Sesungguhnya…

Renungan 217: Jiwa yang Malas dan Lalai

Kita menyenangkan si jahat apabila kita membiarkan jiwa kita menjadi malas dan lalai dalam perkara-perkara Allah.  Jiwa yang lalai tidak berusaha untuk mengambil bahagian dalam kehidupan Allah.  Jiwa yang lalai bersikap pasif, bukannya aktif, dalam hal-hal rohani.  Bersikap “pasif” bermaksud bahawa orang itu…

Renungan 210: Perbuatan Baik dalam Terang Kasih Ilahi

Adakah anda bekerja keras?  Adakah anda berusaha untuk menjadi baik?  Adakah anda ingin membawa perubahan yang positif?  Sememangnya baik untuk berusaha menjadi baik.  Namun, dalam berbuat demikian, kita tidak boleh sekali-kali menganggap bahawa “kebaikan” kita benar-benar baik di mata Allah, melainkan Kasih Ilahi telah menjadi sumbernya…

Renungan 209: Mengatasi Kebiasaan Berdosa

Mengatasi dosa memerlukan Kerahiman Allah.  Terlalu kerap kita cuba mengatasi dosa dengan usaha kita sendiri.  Usaha ini sia-sia kerana anda tidak akan sekali-kali dapat mengatasi dosa anda dengan usaha anda sendiri.  Hanya ada satu cara untuk membebaskan diri daripada dosa yang anda geluti, dan…

Renungan 207: Mendapat Ketenangan dalam Hati Kristus

Kanak-kanak sering mendapat ketenangan yang mendalam apabila meringkuk rapat dalam pelukan ibu atau bapa yang penyayang dan lemah lembut.  Didekap erat dalam pelukan penuh kasih ini memberikan rasa puas yang mendalam.  Pada saat-saat ini, ketakutan dan kebimbangan lenyap, dan kedamaian serta penghiburan kembali setelah dilanda kesusahan.  Demikian jugalah seharusnya…

Renungan 205: Benteng Damai Sejahtera

Damai sejahtera Tuhan ibarat sebuah benteng tempat kita harus berlindung daripada segala serangan luar oleh si jahat.  Di luar benteng ini, kita terdedah kepada segala serangan yang berniat jahat ini.  Anak panah kemarahan, penindasan, tipu daya dan iri hati boleh mendatangkan mudarat yang besar kepada kita tanpa perlindungan suci…

Renungan 204: Kelopak Jiwa Anda

Kelopak bunga ialah daun luar yang mengelilingi ranggi bunga yang sedang terbentuk, melindunginya sepanjang perkembangannya.  Kelopak ini menjadi semacam “tapak semaian” untuk ranggi yang lembut itu bertumbuh.  Ketika ranggi itu bertumbuh di tempat yang tersembunyi ini, kelopak terus melindunginya.  Setelah ranggi itu berkembang sepenuhnya, kelopak pun terbuka…

Renungan 197: Aku Haus

“Aku haus.”  Dua kata ringkas ini mengandungi makna yang begitu mendalam.  Kata-kata ini diucapkan oleh Tuhan kita dari atas Salib.  Seorang askar cuba memberikan sedikit kelegaan dengan menghulurkan bunga karang yang direndam dalam cuka anggur kepada-Nya untuk menghilangkan dahaga-Nya.  Anggur yang menjadi cuka ialah lambang jiwa yang menjadi…

Renungan 195: Kenikmatan Manis Kita

Jika anda seorang pakar dalam bidang merasa wain, dan diberi pilihan antara sebotol wain yang sangat bermutu dengan sebotol wain murah, sudah tentu anda akan memilih yang sangat bermutu.  Anda tentu tahu perbezaannya dan tidak akan begitu menikmati wain murah itu kerana mengetahui…