Bahasa Melayu

Renungan 329: Mengaku Dosa dengan Sukacita

Mengapakah anda takut akan Pengakuan Dosa?  Sakramen yang mulia ini ditawarkan kepada anda dari Hati Tuhan kita yang penuh kelembutan.  Melalui anugerah yang mulia ini, Yesus mengangkat beban yang anda pikul supaya anda dapat mengambil bahagian dengan lebih sepenuhnya dalam Kerahiman-Nya.  Jika anda memahami hal ini…

Renungan 304: Kebenaran dalam Segala Hal

Patutkah kita takut akan kebenaran?  Di satu pihak, kebenaran boleh mendatangkan kesusahan kepada kita.  Lihatlah, misalnya, para Martir.  Mereka menjadi saksi kebenaran dengan menumpahkan darah mereka.  Mereka “ditimpa kesusahan” hanya dalam erti bahawa kesaksian mereka tentang kebenaran menyebabkan mereka dianiaya.  Namun…

Renungan 300: Mengungkapkan Rahsia Jiwa Anda

Sesungguhnya, sungguh melegakan apabila ada seseorang yang kepadanya anda dapat mengungkapkan isi jiwa anda yang paling dalam.  Orang kepercayaan seperti ini merupakan berkat yang besar apabila kerahsiaan sepenuhnya, kerahiman dan pengertian diberikan.  Malah, berbicara tentang dosa anda tanpa teragak-agak…

Renungan 284: Menghayati Saat Ini

Salah satu godaan lazim yang dihadapi ramai orang ialah hidup sama ada dalam masa lalu atau masa depan, sehingga gagal menghayati saat ini. Anda hidup dalam masa lalu apabila anda masih dikuasai oleh peristiwa, dosa, luka batin dan sebagainya dari masa lalu. Masa…

Renungan 283: Mengatasi Dosa

Mesej Kerahiman Allah begitu sederhana sehingga kita mudah terlepas pandang akan maknanya, walaupun setelah merenungkan banyak halaman buku ini atau Diari Santa Faustina.  Kebenaran sederhana yang mesti disampaikan oleh mesej Kerahiman Allah ialah bahawa kita tidak sepatutnya takut sama sekali untuk mengakui dosa-dosa kita…

Renungan 277: Kerahiman untuk Menghilangkan Ketegangan

Ketegangan sering menjadi sebahagian daripada kehidupan.  Ada orang yang menghadapi banyak ketegangan, kekecewaan dan bahkan kemarahan yang melampau dalam kehidupan seharian mereka.  Pada mulanya, kemarahan orang lain boleh membuat anda berwaspada dan mendorong anda berasa takut.  Ini reaksi yang biasa.  Kemarahan orang lain juga boleh mendorong anda…

Renungan 268: Merenungkan Kematian

Mungkin memikirkan kematian anda sendiri menakutkan.  Barangkali hal ini bukan sesuatu yang sering anda fikirkan.  Namun, dapat menatap kematian sendiri secara langsung dan dengan penuh keyakinan ialah suatu rahmat.  Dan hal ini hanya dapat dilakukan dengan penuh keyakinan jika hidup anda teratur…

Renungan 267: Keadilan atau Kerahiman?

Memang wajar untuk berbicara tentang Keadilan Allah dan juga Kerahiman-Nya.  Kedua-duanya tidak bertentangan.  Keadilan-Nya akan dikenakan ke atas mereka yang enggan bertaubat, sebagaimana keadilan itu dikenakan ke atas para malaikat yang enggan melayani Allah.  Namun, buat masa ini, lebih tepat untuk mengatakan bahawa Allah Maha Rahim.  Sebenarnya…

Renungan 263: Allah sebagai Jurumudi Anda dalam Ribut

Bayangkan anda seorang anak kecil di atas sebuah perahu kecil di tengah laut.  Ribut melanda dan anda tidak dapat melihat daratan di mana-mana arah pun.  Anda terumbang-ambing dipukul ombak yang melimpahi haluan perahu setiap kali menghempasnya, dan anda tertanya-tanya bagaimana anda akan terselamat.  Sekarang bayangkan bahawa ayah anda…

Renungan 207: Mendapat Ketenangan dalam Hati Kristus

Kanak-kanak sering mendapat ketenangan yang mendalam apabila meringkuk rapat dalam pelukan ibu atau bapa yang penyayang dan lemah lembut.  Didekap erat dalam pelukan penuh kasih ini memberikan rasa puas yang mendalam.  Pada saat-saat ini, ketakutan dan kebimbangan lenyap, dan kedamaian serta penghiburan kembali setelah dilanda kesusahan.  Demikian jugalah seharusnya…