Bahasa Melayu

Renungan 356: Degupan Jantung Anda

Imej daripada pixabay

Video

Apabila anda berasa teruja dalam hidup, jantung anda mula berdegup lebih kencang.  Ini ialah reaksi semula jadi.  Oleh itu, baiklah anda merenungkan sama ada jantung anda pernah berdegup demi Allah?  Adakah anda membiarkan diri anda diliputi rasa kagum yang kudus akan kehadiran Allah?  Adakah anda berasa teruja tentang misi yang telah Allah berikan kepada anda?  Dan, jika demikian, pernahkah anda mendapati jantung anda berdegup lebih kencang ketika anda merenungkan misteri-misteri agung kasih dan kerahiman-Nya?  Seluruh diri anda harus memberikan respons terhadap keagungan dan semarak Allah kita yang mulia (Lihat Diari #1728).

Cubalah pemeriksaan diri yang sederhana ini pada hari ini.  Renungkan kali terakhir anda benar-benar berasa teruja tentang Allah dan kehendak-Nya yang kudus.  Adakah keterujaan itu begitu mendalam sehingga jantung anda pun mula berdegup lebih kencang?  Walaupun hal ini mungkin bukan tanda yang pasti tentang kehadiran Allah dalam hidup anda, hal ini mungkin menyingkapkan jauh lebih banyak daripada yang anda sedari.

Tuhan, aku ingin agar jantungku berdegup demi-Mu setiap hari.  Semoga aku mengalami sukacita dan keterujaan akan kemuliaan-Mu yang sempurna serta merindukan terlaksananya kehendak-Mu dengan akal budi, roh dan bahkan tubuhku.  Aku mengasihi-Mu, Tuhan yang kukasihi.  Semoga jantungku berdegup demi-Mu dengan penuh semangat dan kasih.  Yesus, aku percaya kepada-Mu.

Antifon O Adven
17–23 Disember

Novena Krismas Santo Andreas
Secara tradisi didoakan 15 kali sehari dari 30 November hingga Malam Krismas.

Bahan Adven

Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain

Renungan Injil Harian

Para Kudus/Perayaan Hari Ini