Bahasa Melayu

Renungan 15: Allah Tidak Pernah Berhenti Mengasihi

“Kristus dan pemimpin muda yang kaya” oleh Heinrich Hofmann

Video

Adakah anda menangguhkan respons anda kepada Allah? Adakah anda mengabaikan panggilan-Nya yang berterusan? Adakah anda menenggelamkan suara-Nya dengan begitu banyak gangguan? Ketahuilah bahawa Allah tidak pernah berhenti memanggil anda. Dengarkanlah Dia. Kadangkala kita menangguhkan respons kita kepada Allah kerana kita telah membuat penilaian yang salah bahawa kita akan menemukan kepuasan dalam hidup melalui cara lain. Hal itu boleh berupa apa sahaja atau segala-galanya yang seolah-olah ditawarkan kepada kita oleh dunia yang sementara ini. Begitu banyak godaan menghujani kita setiap hari sehingga kita mudah mengetepikan Allah dan gagal melihat bahawa mengikuti-Nya secara radikal ialah kunci kebahagiaan. Apabila kita mengikuti-Nya secara radikal dalam segala hal, kita membuka diri kepada Kerahiman Ilahi-Nya dan hidup kita diubah. Janganlah terpedaya oleh daya tarikan apa-apa pun yang bukan sebahagian daripada Kerahiman Allah.  Janganlah menangguhkan respons anda kepada-Nya (Lihat Diari #9).

Hari ini, perhatikanlah dengan jujur apa yang menarik anda ke sana sini. Apakah yang anda cari atau yang memikat anda setiap hari? Perbaharuilah tekad anda untuk mencari Tuhan kita secara radikal dan biarlah Dia sahaja mencukupi dalam hidup anda.

Tuhan, aku sentiasa tertarik ke sana sini dan setiap hari aku mendapati diriku mencari perkara-perkara yang tiada kaitan dengan-Mu dan Kerahiman Ilahi-Mu. Bantulah aku agar dapat melihat dengan jelas serta memiliki kebijaksanaan dan keberanian yang kuperlukan untuk berpaling hanya kepada-Mu dan kepada limpahan Kurnia Kerahiman-Mu yang tidak terbatas. Yesus, aku menaruh kepercayaan kepada-Mu.

Baca Pengenalan kepada Renungan tentang Buku Catatan Pertama

Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain

Renungan Injil Harian

Para Kudus/Perayaan Hari Ini