Elia Diberi Makan oleh Malaikat karya Ferdinand Bol
Sesungguhnya, sepanjang hari anda, Allah sedang berbicara kepada anda. Dia sentiasa menyampaikan kebenaran-Nya serta bimbingan-Nya bagi hidup anda, dan Dia sentiasa mencurahkan Kerahiman-Nya. Masalahnya ialah suara-Nya begitu lembut dan hening. Mengapa? Kerana Dia menginginkan perhatian anda sepenuhnya. Dia tidak akan cuba bersaing dengan pelbagai gangguan sepanjang hari anda. Dia tidak akan memaksa anda menerima-Nya. Sebaliknya, Dia menunggu anda berpaling kepada-Nya, mengetepikan segala gangguan, dan memberikan perhatian kepada suara-Nya yang hening namun jelas (Lihat Diari #130).
Adakah anda mendengar Allah berbicara? Adakah anda peka terhadap dorongan-Nya yang lembut dalam batin? Adakah anda membiarkan pelbagai gangguan sepanjang hari menenggelamkan suara Allah, atau adakah anda terbiasa mengetepikan semuanya dan semakin tekun mencari-Nya? Carilah dorongan-Nya dalam batin pada hari ini. Ketahuilah bahawa dorongan-dorongan ini ialah tanda kasih-Nya yang tidak terselami terhadap anda. Dan ketahuilah bahawa melaluinya, Allah ingin mendapatkan perhatian anda sepenuhnya.
Tuhan, aku mengasihi-Mu dan ingin mencari-Mu dalam segala hal. Bantulah aku menyedari cara Engkau berbicara kepadaku siang dan malam. Bantulah aku memberikan perhatian kepada suara-Mu dan membiarkan diriku dipimpin oleh tangan-Mu yang lembut. Aku menyerahkan diriku sepenuhnya kepada-Mu, Tuhanku. Aku mengasihi-Mu dan ingin mengenal-Mu dengan lebih mendalam. Yesus, aku menaruh kepercayaan kepada-Mu.
Meditasi Hari Kedua:
40 Hari di Padang Gurun & 40 Hari di Kaki Salib

Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain




