“Penderitaan di Taman” oleh Frans Schwartz
Ada kalanya Allah mengenakan dugaan kepada kita. Hal ini dilakukan-Nya kerana kasih, untuk menguatkan kita dan memperdalam kasih kita kepada-Nya. Perhatikanlah apa yang anda alami sebagai suatu dugaan. Tanyakanlah kepada Allah sama ada dugaan ini datang daripada-Nya dan kebaikan apa yang ingin Dia hasilkan daripada dugaan itu. Dugaan sentiasa berpotensi menjadikan kita lebih kuat. Jika anda sedang mengalami suatu dugaan batin dalam hidup, ketahuilah bahawa pada saat inilah, lebih daripada saat-saat lain, Allah mahu anda memperbaharui kepercayaan anda kepada-Nya. Lakukanlah demikian walaupun anda tidak berasa ingin melakukannya. Dugaan merupakan peluang terbesar bagi iman, harapan dan kasih kita untuk bertumbuh (Lihat Diari #24).
Apakah dugaan terbesar anda sekarang? Kenal pasti dugaan itu dan ketahuilah bahawa Yesus memahaminya. Renungkanlah bagaimana Dia datang kepada anda pada saat ini, merangkul dugaan ini bersama anda dan dalam diri anda. Kekuatan-Nya sempurna dan Dia akan memimpin anda melalui segala-galanya. Dalam proses itu, Dia akan memenuhi anda dengan iman, harapan dan kasih yang lebih besar.
Tuhan, aku tahu bahawa dugaan dalam hidupku ialah suatu rahmat. Dugaan itu mungkin tidak kelihatan sebagai rahmat ketika aku menanggungnya, namun itulah hakikatnya. Bantulah aku khususnya dalam (nyatakan intensi anda pada masa ini). Aku menyerahkan keadaan ini kepada-Mu dan bersyukur kepada-Mu atas kasih dan kekuatan-Mu yang sempurna. Yesus, aku percaya kepada-Mu.
27 Januari: Santa Angela Merici, Perawan—Peringatan Pilihan
Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain




