Rasul Petrus sedang berdoa, karya Hendrick Bloemaert
Apabila Allah memanggil kita untuk melaksanakan sesuatu misi, siapakah yang berkarya? Allah atau kita? Sebenarnya, kedua-duanya berkarya: Allah ialah sumbernya dan kita ialah alat-Nya. Kita berusaha dengan kehendak bebas, tetapi Allahlah yang bersinar melalui kita. Sebagaimana sebuah jendela boleh menjadi sumber cahaya di dalam rumah, bukan jendela itu yang bersinar, tetapi matahari. Demikian juga, kita mesti menyerahkan diri kepada Allah supaya Dia bersinar melalui kita, namun kita mesti sentiasa ingat bahawa kita hanyalah jendela yang melaluinya Allah akan bersinar dalam dunia kita (Lihat Diari #438).
Adakah kamu mahu Allah bersinar dengan terang melalui dirimu? Adakah kamu mahu sinar kasih-Nya memancar dan menerangi orang lain? Jika demikian, rendahkanlah hatimu supaya kamu dapat menjadi alat rahmat-Nya. Sedarilah bahawa kamu hanyalah alat, bukan sumbernya. Bukalah hatimu kepada Sumber segala Rahmat dan Dia akan bersinar melalui dirimu dengan kuasa dan kemuliaan yang agung.
Tuhan, aku mempersembahkan diriku kepada-Mu sebagai jendela bagi Hati-Mu yang penuh kerahiman. Bersinarlah melalui diriku, ya Tuhan yang kukasihi. Semoga aku benar-benar menjadi alat rahmat-Mu dan semoga aku sentiasa ingat bahawa Engkau, dan hanya Engkaulah, sumber segala rahmat dan Kerahiman. Yesus, aku percaya kepada-Mu.
Hari Keenam: Novena sebagai persiapan untuk Hari Minggu Kerahiman Ilahi
Renungan Kitab Suci untuk Musim Paskah
Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain




