Gambar daripada unsplash.com
Iblis akan menggoda kita dengan pelbagai cara. Salah satu cara yang sering digunakan Iblis untuk menyerang kita ialah mengingatkan kita akan dosa-dosa kita, termasuk dosa-dosa yang telah kita akukan. Dia suka berusaha meyakinkan kita bahawa kita berada di jalan yang salah, bahawa kita tidak berkenan kepada Allah, bahawa kita ialah pendusta dan pendosa. Dan walaupun benar bahawa kita ialah pendosa, si jahat sentiasa gagal melihat dosa kita dalam terang kerahiman Allah. Untuk mengatasi godaannya yang memperdayakan itu, ketika dia mengingatkan kita akan dosa-dosa kita, kita hanya perlu mengingatkan diri kita akan kerahiman Hati Yesus. Apabila kita menatap Hati-Nya, kita tidak akan takut untuk mengakui dosa kita. Tindakan jujur ini tidak akan menimbulkan keresahan, keputusasaan dan keraguan seperti yang diinginkan oleh si jahat. Sebaliknya, menghadapi dosa kita dalam terang kerahiman Allah akan menyegarkan kita dan membangkitkan semangat kita, serta memenuhinya dengan harapan yang berlimpah-limpah (Lihat Diari #520).
Renungkanlah cara-cara si jahat mungkin menggoda anda untuk berputus asa kerana dosa-dosa anda. Meratapi dosa-dosa anda ialah suatu tindakan yang baik dan sihat, tetapi jangan sekali-kali berbuat demikian dalam keputusasaan. Ratapan Kristian membawa kita kepada kerahiman Allah, dan penyesalan dosa yang anda rasakan dalam tindakan suci ini meringankan beban anda serta memenuhi anda dengan sukacita.
Tuhan yang amat kukasihi, bebaskanlah aku daripada tipu daya dan serangan si jahat. Lindungilah aku, ya Allah, dan bantulah aku agar tidak pernah melupakan kerahiman-Mu yang berlimpah-limpah. Ketika aku melihat kerahiman itu, bantulah aku untuk bertaubat daripada dosaku setiap hari supaya si jahat kehilangan segala senjata kejahatannya. Yesus, aku percaya kepada-Mu.
21 April – Santo Anselmus dari Canterbury, Uskup dan Pujangga Gereja
Renungan Kitab Suci untuk Musim Paskah
Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain




