Yesus di Rumah Hanas oleh José de Madrazo y Agudo
Dalam hubungan anda dengan orang lain, adakah anda kadangkala berasa disalahfahami? Mungkin oleh ahli keluarga yang rapat, sahabat, rakan sekerja dan sebagainya. Masalahnya ialah segala isi fikiran, hati, kehendak, niat serta semua pengalaman masa lalu anda turut menentukan arah tindakan anda. Dan tiada sesiapa yang memahami semua ini kecuali Allah. Kita sendiri pun sering tidak memahami sepenuhnya apa yang kita lakukan dan mengapa kita melakukannya. Akibatnya, orang lain mudah gagal memahami kita dan apa yang berlaku dalam diri kita. Orang lain juga boleh dengan mudah menyalahfahami kita, malah menghakimi kita. Hal ini mungkin sukar diterima, tetapi kita tidak boleh membiarkannya meresahkan kita. Sebaliknya, kita harus menumpukan perhatian hanya pada apa yang difikirkan oleh Tuhan kita. Fikiran-Nya dan penghakiman-Nya sahaja yang penting. Dan pengalaman disalahfahami oleh orang lain yang mungkin kita alami dari semasa ke semasa harus dilihat sebagai sesuatu yang diizinkan oleh kehendak Tuhan kita, terutamanya untuk menguji dan menguatkan kerahiman kita terhadap orang lain (Lihat Diari #700).
Dapatkah anda mengingati suatu ketika baru-baru ini apabila anda disalahfahami oleh seseorang? Jika ya, daripada membiarkan diri anda menjadi marah atau terluka kerananya, biarlah pengalaman itu menguji kedalaman kerahiman hati anda sendiri. Terimalah penghinaan ini dengan hati yang lapang dan bersyukurlah kepada Allah kerana Dia telah mengizinkan anda berkongsi pengalaman disalahfahami dan dihakimi yang ditanggung-Nya sendiri. Dalam hal ini, anda diberkati kerana dijemput untuk turut serta dalam menyalurkan Kerahiman Ilahi-Nya.
Tuhan, kurniakanlah kepadaku hati yang penuh kerahiman. Apabila aku disalahfahami, bantulah aku menerimanya sebagai peluang untuk menerima rahmat, mengampuni dan menunjukkan kerahiman. Terima kasih kerana Engkau begitu mengasihi aku sehingga mengizinkan aku menanggung ujian sedemikian. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu, ya Tuhan yang kukasihi, agar Engkau dapat berkarya dalam diriku dan melaluiku untuk menjadi saksi kepada segala yang telah Engkau tanggung. Yesus, aku percaya kepada-Mu.
Novena kepada Roh Kudus
Didoakan sebagai persiapan untuk Pentakosta
Jumaat, 15 Mei – Sabtu, 23 Mei
20 Mei – Santo Bernardinus dari Siena, Paderi
Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain




