Bahasa Melayu

Renungan 309: Berbual dengan Orang Lain

Apabila kita berbual dengan orang lain, sentiasa ada peluang untuk berkongsi kasih Allah.  Bahkan perbualan santai pun mempunyai potensi sedemikian.  Sebagai contoh, mendengar dengan penuh perhatian tentang hal-hal kehidupan seseorang menunjukkan bahawa kamu mengambil berat dan prihatin terhadapnya, serta memperlihatkan bahawa kamu melihat martabatnya…

Renungan 308: Kasih Seorang Ibu

Memang benar bahawa tiada gambaran duniawi yang dapat menyingkapkan sepenuhnya kasih Allah yang sempurna.  Allah itu transenden dan kasih-Nya melampaui apa yang dapat ditampung oleh dunia ini.  Namun demikian, banyak perkara di dunia ini menyingkapkan aspek-aspek kasih Allah.  Salah satu gambaran sedemikian ialah kasih seorang ibu.  Walaupun…

Renungan 306: Allah Tidak Mengenal Lelah

Adakah anda meragui Kasih Allah?  Sesungguhnya, Allah tidak mengenal lelah dalam mencari anda.  Walaupun sebahagian besar kekudusan kita bergantung pada diri kita sendiri, bahagian yang terbesar bergantung pada Allah.  Sepanjang anda berada di bumi ini, Allah tidak pernah berhenti mencari anda dan mengusahakan pertobatan anda.  Dia mengirimkan Kerahiman-Nya kepada…

Renungan 305: Kedalaman Kasih Allah

Bayangkan jika seseorang menyerahkan nyawanya demi anda kerana dia mengasihi anda.  Dia berada dalam suatu keadaan di mana dia tahu bahawa anda akan kehilangan nyawa jika dia tidak menyerahkan nyawanya sendiri dengan rela.  Oleh itu, dia memilih untuk tampil ke hadapan dengan penuh keyakinan, menyerahkan nyawanya sebagai ganti nyawa anda.  Untuk…

Renungan 303: Keheningan

Salah satu bahaya yang dihadapi ramai orang dalam dunia teknologi moden kita ialah kebisingan yang berterusan.  Kita mudah dihujani celoteh sepanjang hari.  Ini mungkin datang melalui radio, TV, Internet, atau percakapan seseorang yang tidak putus-putus.  Jarang sekali kita menemukan saat-saat yang begitu…

Renungan 301: Persekutuan Para Kudus

Salah satu dorongan yang seharusnya kita miliki untuk berusaha dengan tekun menyebarkan Kerahiman Allah ialah kenyataan tentang Persekutuan Para Kudus. Memahami persekutuan abadi ini akan membolehkan kita menyedari bahawa apa yang kita lakukan sekarang akan menjadi sumber sukacita kita selama-lamanya di Syurga. Sebagai contoh, jika…

Renungan 300: Mengungkapkan Rahsia Jiwa Anda

Sesungguhnya, sungguh melegakan apabila ada seseorang yang kepadanya anda dapat mengungkapkan isi jiwa anda yang paling dalam.  Orang kepercayaan seperti ini merupakan berkat yang besar apabila kerahsiaan sepenuhnya, kerahiman dan pengertian diberikan.  Malah, berbicara tentang dosa anda tanpa teragak-agak…

Renungan 299: Kelesuan Kebijaksanaan Manusia

Kata-kata kebenaran yang diucapkan dari Hati Tuhan kita membawa sukacita kepada hidup kita dan menyegarkan jiwa kita.  Apabila kamu mendengar kata-kata kebenaran ini, menerimanya dalam hati dan bertindak menurutnya, kamu dibebaskan daripada beban kekeliruan dan mungkin merasakan suatu kelegaan dan kesegaran jiwa.  Namun…

Renungan 296: Kasih Ibu atau Bapa

Bayangkan seorang ibu atau bapa yang mengasihi anaknya dengan kasih yang berkobar-kobar.  Dia memberikan sepenuh komitmen dalam segala hal demi penjagaan dan kesejahteraan anaknya.  Kasihnya tetap teguh dan tidak dapat ditarik balik sejak anak itu lahir hingga dewasa.  Kini bayangkan kepedihan dalam hati ibu atau bapa ini jika pada suatu ketika anaknya berjalan pergi…