Bahasa Melayu

Renungan 236: Memohon Kerahiman bagi Semua Orang

Setiap orang itu unik dan Allah ingin melimpahkan Kerahiman-Nya kepada setiap seorang daripada kita menurut keperluan kita masing-masing.  Apabila kita berdoa bagi orang lain, baiklah kita mempersembahkan mereka kepada Allah, baik secara individu mahupun secara berkumpulan…

Renungan 233: Jawapan dalam Keheningan

Ada kalanya, berbicara secara terbuka dan mendalam kepada Allah tentang apa yang kita alami dalam kehidupan dapat membantu kita.  Anda mungkin berasa terdorong untuk terus berbicara tanpa henti.  Dan Allah akan mendengar…

Renungan 232: Menenangkan Ribut

Ingatlah kisah Yesus menenangkan ribut (Matius 8:23-27).  Mukjizat ini dilakukan sebagai tanda kenabian bahawa Dia membawa damai kepada anda ketika anda menghadapi cabaran tertentu dalam hidup…

Renungan 231: Mengikat Tangan Penghukuman

Sekiranya anda seorang penjenayah yang dipenjarakan kerana suatu jenayah, kemungkinan besar anda akan melihat kehidupan daripada sudut pandang yang sangat berbeza daripada orang lain…

Renungan 225: Persahabatan Rohani Melalui Doa

Salah satu saluran kerahiman Allah yang penuh kuasa ialah persahabatan dengan orang lain. Namun, persahabatan boleh dihayati pada pelbagai peringkat. Ada kalanya ikatan ini berasaskan perkara yang cetek dan tidak penting, dan ada kalanya pula ikatan ini berakar kukuh dalam Tuhan kita…

Renungan 223: Hari yang Mengerikan

Tiada apa-apa pun dalam hidup ini yang semestinya mengerikan.  Bahkan perjuangan dan penderitaan paling besar yang kita tanggung dapat dengan mudah diubah oleh Allah menjadi sumber Kerahiman-Nya dan pengudusan kita…

Renungan 220: Jiwa yang Tersiksa

Ada orang yang berasa amat tersiksa di lubuk jiwa mereka. Kadangkala hal ini disebabkan oleh dosa, dan kadangkala oleh Kerahiman Allah yang istimewa, yang membolehkan jiwa mengalami penderitaan yang dilalui Yesus. Walau apa pun keadaannya, jika anda mengalami…

Renungan 219: Kesukaran dalam Mewartakan Kerahiman

Jika anda bertekad untuk menghayati Kerahiman Allah sepenuhnya dalam hidup anda, anda akan diubah jauh melampaui segala yang pernah anda impikan.  Namun, anda juga akan mengalami sesuatu yang lain.  Anda akan menghadapi kesukaran besar dalam usaha anda untuk menghidupi dan mewartakan Kerahiman kepada dunia yang telah jatuh dalam dosa.  Dunia tidak memahami Kerahiman Allah.  Dunia hanya mengenal kekerasan dan penghakiman.  Dunia mencari pembalasan dan menyanjung…

Renungan 217: Jiwa yang Malas dan Lalai

Kita menyenangkan si jahat apabila kita membiarkan jiwa kita menjadi malas dan lalai dalam perkara-perkara Allah.  Jiwa yang lalai tidak berusaha untuk mengambil bahagian dalam kehidupan Allah.  Jiwa yang lalai bersikap pasif, bukannya aktif, dalam hal-hal rohani.  Bersikap “pasif” bermaksud bahawa orang itu…