Bahasa Melayu

Renungan 250: Berdoa dengan Bersujud ke Tanah

Apabila anda berdoa, bagaimanakah anda menghadap Tuhan kita?  Memang baik untuk mempersembahkan seluruh hari anda kepada-Nya dengan penuh kasih dan bakti, serta berbicara dengan-Nya sepanjang hari seperti dengan sahabat anda yang paling akrab.  Namun, ada kalanya doa kita perlu bersungguh-sungguh dan harus diungkapkan dengan…

Renungan 248: Sumber Tanpa Had

Bayangkan jika anda menemukan sumber alam yang tidak terbatas dengan mencipta sebuah mesin yang menukarkan hanya sedikit oksigen menjadi tenaga tanpa had.  Anda hanya perlu menghidupkan mesin yang anda cipta itu, lalu tenaga pun terhasil…

Renungan 247: Berkat daripada Mereka yang Memerlukan Bantuan

Jika seseorang dalam keluarga anda sakit tenat, dipenjarakan atau mempunyai keperluan yang amat mendesak, adakah hal itu menjadi beban atau berkat bagi anda?  Renungkanlah.  Adakah mereka yang mempunyai keperluan khas menjadikan hidup anda lebih sukar?  Jika soalan ini dijawab semata-mata dari sudut praktikal, jawapannya…

Renungan 245: Tindakan Keras yang Ditangguhkan

Penting untuk kita mengetahui bahawa Yesus berhak sepenuhnya untuk melaksanakan keadilan-Nya di sini dan sekarang.  Dia berhak sepenuhnya untuk bertindak keras terhadap kita kerana dosa-dosa kita dan menjatuhkan penghakiman kekal ke atas kita.  Kebenaran ini sering dilupakan kerana Kerahiman-Nya.  Namun…

Renungan 244: Berkarya hingga Akhir Dunia

Jika anda berusaha siang dan malam untuk menyebarluaskan karya-karya Allah, hal ini baik.  Komitmen anda untuk melaksanakan Kehendak Allah dan menyebarkan Kerahiman Ilahi-Nya akan membuahkan hasil yang baik.  Namun, kita juga harus sedar bahawa Allah mampu menggunakan kita untuk menyebarkan kerahiman-Nya hingga akhir dunia.  Bagaimana?  Hanya…

Renungan 242: Keindahan Sejati yang Bersinar dengan Cara yang Unik

Ada yang mengatakan bahawa “keindahan” terletak pada mata yang memandang.  Dengan kata lain, ada yang mengatakan bahawa takrif keindahan bergantung pada cita rasa subjektif seseorang.  Walaupun pandangan ini mungkin ada benarnya pada tahap yang lebih dangkal, pada tahap…

Renungan 241: Penawar bagi Dosa-dosa Khusus Anda

Bagaimanakah anda mengatasi dosa-dosa anda?  Setiap dosa berbeza dan memerlukan doa serta pengorbanan yang khusus agar anda dapat melepaskan diri daripadanya.  Tiga dosa yang lazim ialah: dosa kedagingan, dosa kemarahan dan dosa kesombongan.  Setiap dosa ini dapat diatasi tetapi mungkin memerlukan perhatian khusus…

Renungan 240: Kemanisan atau Kepahitan dalam Hidup?

Yang manakah anda lebih inginkan dalam hidup anda?  Pengalaman pancaindera yang manis atau pahit setiap hari?  Dengan kata lain, adakah anda ingin menikmati pelbagai aspek kehidupan harian anda, atau adakah anda ingin agar tugas harian yang anda laksanakan meninggalkan suatu kepahitan dalam diri anda…

Renungan 239: Meterai Kerahiman

Setiap santo dan santa yang agung menjadi teladan bagi suatu aspek kebaikan Allah.  Ada yang menjalani hidup dengan sikap tidak terikat pada kekayaan duniawi secara luar biasa, ada yang melayani orang miskin dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi, ada yang menjalani kehidupan doa yang mendalam, ada yang menerima wahyu mistik, ada yang menulis berjilid-jilid…

Renungan 236: Memohon Kerahiman bagi Semua Orang

Setiap orang itu unik dan Allah ingin melimpahkan Kerahiman-Nya kepada setiap seorang daripada kita menurut keperluan kita masing-masing.  Apabila kita berdoa bagi orang lain, baiklah kita mempersembahkan mereka kepada Allah, baik secara individu mahupun secara berkumpulan…