Bahasa Melayu

Renungan 311: Kebenaran tentang Kerendahan Hati

Kebajikan kerendahan hati yang mulia harus difahami, sentiasa direnungkan dan sentiasa dihayati.  Apakah kerendahan hati?  Kerendahan hati tidak lain daripada mengenali kebenaran tentang diri anda, mempercayai kebenaran itu dan hidup selaras dengannya.  Hanya anda dan Allah yang mengetahui kedalaman hati nurani anda.  Manusia…

Renungan 306: Allah Tidak Mengenal Lelah

Adakah anda meragui Kasih Allah?  Sesungguhnya, Allah tidak mengenal lelah dalam mencari anda.  Walaupun sebahagian besar kekudusan kita bergantung pada diri kita sendiri, bahagian yang terbesar bergantung pada Allah.  Sepanjang anda berada di bumi ini, Allah tidak pernah berhenti mencari anda dan mengusahakan pertobatan anda.  Dia mengirimkan Kerahiman-Nya kepada…

Renungan 305: Kedalaman Kasih Allah

Bayangkan jika seseorang menyerahkan nyawanya demi anda kerana dia mengasihi anda.  Dia berada dalam suatu keadaan di mana dia tahu bahawa anda akan kehilangan nyawa jika dia tidak menyerahkan nyawanya sendiri dengan rela.  Oleh itu, dia memilih untuk tampil ke hadapan dengan penuh keyakinan, menyerahkan nyawanya sebagai ganti nyawa anda.  Untuk…

Renungan 253: Respons Kesyukuran Sepenuh Hati

Apakah seharusnya respons kita terhadap Allah?  Sering kali kita terlalu tertumpu pada diri sendiri dalam hubungan kita dengan Allah.  Kita menumpukan perhatian pada kesusahan dan keperluan kita.  Semua ini mesti diserahkan kepada Allah dan dilepaskan.  Apabila kita berbuat demikian, kita akan mendapati bahawa kita mula melihat kemuliaan dan kebaikan…

Renungan 214: Pengampunan Sepenuhnya

Bayangkan anda bersalah atas suatu jenayah berat dan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.  Anda menyesali perbuatan anda dan mengakuinya dengan sepenuhnya.  Pada hari hukuman dijatuhkan, anda dibawa masuk dalam keadaan bergari dari tempat tahanan anda, dengan mengetahui bahawa anda akan kembali ke sana tidak lama lagi.  Namun sebaliknya, hakim…

Renungan 137: Kuasa dalam Salib

Apabila kamu berdoa, pernahkah kamu duduk dan merenung salib berpatung Kristus?  Dari sudut pandangan orang luar, salib itu merupakan suatu kenyataan yang membingungkan.  Mengapakah kita menjunjung tinggi dan menghormati peristiwa yang begitu mengerikan?  Pembunuhan kejam Putera Allah mungkin bukan sesuatu yang menarik hati kita pada mulanya.  Namun…

Renungan 136: Kuasa Hati yang Bersyukur

Jika anda meneliti kandungan kehidupan doa anda sepanjang bulan yang lalu, apakah yang akan anda dapati?  Diharapkan ada banyak saat penyerahan diri, doa syafaat, pujian dan penyembahan.  Diharapkan juga ada banyak saat ketika doa anda dipenuhi kesyukuran yang mendalam kepada…

Renungan 121: Taman Rahsia di Lubuk Hati Anda

Bayangkan rumah anda mempunyai sebuah halaman dalaman yang tersembunyi, dan di situ terdapat sebuah taman.  Tiada sesiapa pun yang tahu tentang taman rahsia ini.  Di situlah anda menanam, menggembur tanah, membanting tulang, mencabut rumpai dan menuai.  Hasil taman ini kemudian diagihkan secara rahsia kepada…

Renungan 99: Sebatan Dosa

Mengapakah Yesus menderita sedemikian rupa?  Mengapakah Dia disebat dengan begitu teruk?  Mengapakah kematian-Nya begitu menyakitkan?  Kerana dosa membawa akibat dan menjadi punca kesakitan yang amat besar.  Namun, penerimaan Yesus akan penderitaan dengan rela dan tanpa dosa telah mengubah…

Renungan 71: Kekerdilan dan Ketiadaan Diri Kita

Melihat diri kita sebagaimana adanya ialah suatu rahmat daripada Allah.  Apakah yang akan kita lihat jika kita memandang diri kita dengan cara ini?  Kita akan melihat kemelaratan dan ketiadaan diri kita.  Pada mulanya, hal ini mungkin tidak begitu kita ingini.  Malah, hal ini mungkin kelihatan bertentangan dengan martabat yang kita miliki dalam Kristus.  Namun, di situlah kuncinya.  Kita…