Bahasa Melayu

Renungan 329: Mengaku Dosa dengan Sukacita

Mengapakah anda takut akan Pengakuan Dosa?  Sakramen yang mulia ini ditawarkan kepada anda dari Hati Tuhan kita yang penuh kelembutan.  Melalui anugerah yang mulia ini, Yesus mengangkat beban yang anda pikul supaya anda dapat mengambil bahagian dengan lebih sepenuhnya dalam Kerahiman-Nya.  Jika anda memahami hal ini…

Renungan 327: Kehadiran Allah yang Tersembunyi

Allah menyembunyikan diri-Nya.  Tetapi mengapa?  Dia bersembunyi di sebalik tabir kerahsiaan dan keheningan agar kita tekun mencari-Nya.  Dia tidak memilih untuk bersaing dengan gangguan dunia kerana Dia mahu anda memilih-Nya sebagai satu-satunya yang anda dambakan.  Hendaklah anda berhasrat untuk mencari Dia yang tersembunyi di dalam hati anda…

Renungan 300: Mengungkapkan Rahsia Jiwa Anda

Sesungguhnya, sungguh melegakan apabila ada seseorang yang kepadanya anda dapat mengungkapkan isi jiwa anda yang paling dalam.  Orang kepercayaan seperti ini merupakan berkat yang besar apabila kerahsiaan sepenuhnya, kerahiman dan pengertian diberikan.  Malah, berbicara tentang dosa anda tanpa teragak-agak…

Renungan 283: Mengatasi Dosa

Mesej Kerahiman Allah begitu sederhana sehingga kita mudah terlepas pandang akan maknanya, walaupun setelah merenungkan banyak halaman buku ini atau Diari Santa Faustina.  Kebenaran sederhana yang mesti disampaikan oleh mesej Kerahiman Allah ialah bahawa kita tidak sepatutnya takut sama sekali untuk mengakui dosa-dosa kita…

Renungan 274: Memperbaharui Kaul Anda

Sudah menjadi amalan biasa bagi pasangan yang telah berkahwin untuk memperbaharui janji perkahwinan mereka dari semasa ke semasa, khususnya pada ulang tahun yang penting.  Para paderi dan anggota hidup bakti juga memperbaharui kaul dan janji mereka.  Amalan ini baik dan suci kerana kita harus sentiasa memperbaharui…

Renungan 160: Kerahiman dalam Sakramen Pengakuan Dosa

Sudahkah anda menemukan sukacita besar dalam menerima Sakramen Pengakuan Dosa?  Ada orang yang tidak menganggap Sakramen Pengakuan Dosa sebagai suatu sukacita besar.  Sebaliknya, mereka melihatnya sebagai pengalaman yang menyakitkan dan memalukan.  Namun, mungkin ada yang memerlukan rasa malu daripada pengakuan dosa yang jujur…

Renungan 117: Ruang Tertutup Hatimu

Sesetengah biarawati dan rahib menjalani kehidupan klausura dalam lingkungan ruang tertutup.  Tiada sesiapa pun boleh memasuki ruang tertutup itu tanpa alasan yang munasabah, kecuali mereka anggota komuniti beriman tersebut. Orang lain hanya boleh masuk dengan izin pemimpin biara.  Mungkin…

Renungan 107: Menyingkap Jiwa Anda dalam Pengakuan Dosa

Allah mengutus wakil-wakil-Nya kepada kita melalui para paderi-Nya.  Walaupun para paderi tidak sempurna, mereka tetap merupakan wakil Allah.  Hal ini terutama sekali nyata dalam Sakramen Rekonsiliasi.  Amatlah penting bagi kita untuk menerima Sakramen itu…

Renungan 90: Kesatuan dengan Semua Orang

Kita diciptakan untuk hidup dalam kesatuan antara satu sama lain.  Apabila kesatuan tidak wujud, kesannya dirasai dalam keluarga, komuniti dan antara bangsa.  Apakah yang menyatukan kita lebih daripada segala yang lain?  Pertama sekali dan yang paling utama, kita disatukan dengan jiwa-jiwa lain melalui…

Renungan 59: “Ya, Darah dan Air…”

Selepas kematian Yesus, salah seorang askar datang kepada-Nya dan diperintahkan untuk memastikan bahawa Dia sudah mati.  Maka askar itu menikam tubuh-Nya yang mulia dengan sebilah tombak, dan serta-merta darah dan air memancar keluar dari Hati-Nya yang terluka.  Peristiwa ini telah direnungkan dalam doa…