Imej melalui Pixabay.
Tajuk itu mungkin kedengaran luar biasa. Anda patut mengambil berat tentang dosa dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghindarinya. Namun, jika anda menyedari bahawa pemahaman anda tentang kerahiman Allah hanyalah setitis air berbanding dengan lautan, anda tidak akan membiarkan keprihatinan anda berubah menjadi kebimbangan. Mengambil berat bererti bersikap teliti, dan sikap teliti itu suatu rahmat. Namun, apabila anda melihat dosa anda dengan jujur dan menyeluruh dalam terang kerahiman Allah, anda tidak akan sekali-kali bimbang bahawa dosa anda terlalu besar untuk ditangani oleh Allah. Keinginan-Nya yang paling besar ialah menghapuskan dosa itu dalam sekelip mata, untuk selama-lamanya (Lihat Diari #1665).
Renungkanlah sama ada anda berasa selesa menghadapi dosa-dosa anda dengan kejujuran yang luar biasa. Jika tidak, itu menandakan bahawa anda belum memahami kerahiman-Nya yang tidak terhingga. Ketahuilah bahawa memahami kerahiman-Nya ialah penawar terbaik bagi setiap dosa.
Tuhan, aku melihat dosaku, tetapi aku ingin melihatnya dengan lebih jelas. Kurniakanlah kepadaku rahmat untuk mengenal kerahiman-Mu yang sempurna agar aku dapat menghadapi dosaku tanpa bimbang dan tanpa takut. Yesus, aku menaruh kepercayaan kepada-Mu.
Novena Krismas Santo Andreas
Secara tradisi didoakan 15 kali sehari dari 30 November hingga Malam Krismas.
Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain
Hadiah Krismas yang istimewa!
Renungan Harian tentang Kerahiman Ilahi:
365 Hari bersama Santa Faustina





