Bahasa Melayu

Renungan 81: Kuasa dan Kerahiman

Pemahkotaan Perawan Maria oleh Peter Paul Rubens

Video

Bayangkan seorang diktator sebuah negara yang mempunyai kuasa mutlak dan juga seorang yang sangat pemarah, berniat jahat serta pendendam.  Anda tentu tidak mahu membangkitkan kemarahannya.  Sekarang bayangkan keadaan yang sebaliknya.  Bayangkan seseorang yang mempunyai kuasa mutlak dan juga dikurniakan hati yang murni, penuh dengan Kerahiman.  Demikianlah Allah kita.  Selain memiliki sifat-sifat ini, Allah kita juga mengurniakannya kepada Bonda-Nya.  Bonda ialah Ratu dan menjalankan peranannya sebagai Ratu dengan kuasa yang besar.  Namun, kuasa itu dinyatakan dalam Kerahiman yang sempurna.  Kita harus sentiasa menaruh kepercayaan pada kuasa Allah sebagaimana kuasa itu dinyatakan melalui pengantaraan Bonda Kerahiman kita (Lihat Diari #330).

Renungkanlah perkara yang membuat anda memerlukan Kerahiman.  Mungkin perkara itu ialah dosa, atau salib berat yang terasa terlalu sukar untuk dipikul.  Mungkin juga anda perlu mengampuni dan mengamalkan kasih terhadap seseorang yang telah melukai anda.  Apa pun perkara itu, berpalinglah kepada Bonda kita yang Terberkati, Bonda Kerahiman, dan percayakanlah keperluan anda kepada hatinya yang mulia.  Dengan kuasa yang diamanahkan Allah kepadanya, rahmat yang melimpah akan diberikan kepada anda dalam keperluan anda.

Bonda yang amat dikasihi, Bonda yang Amat Berkuasa, kepadamu telah diamanahkan rahmat Syurga.  Sebagai Ratu, engkau telah diberikan keistimewaan yang mulia oleh Puteramu yang ilahi untuk menyalurkan Kerahiman-Nya.  Aku memohon kepadamu, Bonda yang dikasihi, limpahkanlah rahmat itu agar kami, anak-anakmu, dapat mengenal Kerahiman dan kebaikan Allah.  Bonda Maria, doakanlah kami. Yesus, aku percaya kepada-Mu.

Meditasi untuk Hari Ahad Prapaskah Kelima:
40 Hari di Padang Gurun

Sumber untuk Masa Prapaskah

Meditasi Kitab Suci untuk Prapaskah

Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain

Renungan Injil Harian

Para Kudus/Perayaan Hari Ini