Bahasa Melayu

Renungan 188: Tuntutan Tuhan

Jika Tuhan meminta anda melakukan sesuatu, adakah anda mempunyai pilihan?  Ya, dalam erti kata anda boleh menjawab “Tidak.”  Dan hal ini merupakan dosa.  Tetapi jika anda telah memilih untuk mengikuti Kristus dan matlamat anda ialah Syurga, maka wajarlah dikatakan bahawa kita wajib melakukan apa sahaja yang diminta oleh Tuhan daripada kita.  Permintaan-Nya…

Renungan 184: Kerahiman dalam Pelayanan Para Paderi

Tidak, para paderi tidak sempurna.  Mereka berdosa setiap hari.  Mereka sentiasa memerlukan pertobatan dan perubahan hidup dalam kehidupan seharian, sama seperti manusia yang lain.  Namun, mereka ialah paderi.  Dan oleh sebab tahbisan suci mereka, Tuhan berbicara melalui mereka dengan cara yang jelas…

Renungan 182: Kebijaksanaan untuk Menyelami Rahsia Keangkuhan

Keangkuhan boleh menguasai seluruh diri kita.  Apabila hal itu berlaku, kita hanya memikirkan diri sendiri dan kesakitan kita sendiri.  Mungkin anda pernah mengalami keadaan ini.  Mungkin anda telah terluka, lalu hanya duduk merajuk mengenangkan luka itu.  Hal itu menimbulkan kepahitan dalam hati anda dan anda berusaha untuk menyembuhkan luka tersebut.  Tetapi…

Renungan 180: Sengsara Yesus

Kita yang sudah biasa dengan Injil kadangkala mungkin bersikap agak acuh tak acuh terhadap penderitaan Kristus.  Kita mendengar kisah itu dibacakan setiap tahun dan telah melihat banyak gambaran Sengsara-Nya. Oleh sebab kita sudah begitu biasa dengannya, kita mungkin gagal membiarkannya memberikan kesan yang sewajarnya…

Renungan 179: Menghadapi Kehampaan Batin

“Tuhan memberi dan Tuhan mengambil…” (Ayub 1:21).  Betapa benarnya kata-kata ini.  Ada kalanya dalam hidup kita mengalami penghiburan Allah yang melimpah.  Mungkin pada saat-saat keluarga kita dilimpahi sukacita, atau ketika kita mengalami kasih tanpa syarat daripada seseorang.  Pada…

Renungan 176:  Memerangi Dosa Dunia

Apabila Allah memandang dunia, apakah yang dilihat-Nya?  Sudah tentu Dia melihat keindahan ciptaan-Nya, keteraturan sempurna rancangan-Nya dan kehadiran anak-anak-Nya.  Tetapi Dia juga melihat betapa dahsyatnya dosa yang begitu banyak.  Bahkan dosa yang paling kecil sekalipun…

Renungan 173: Kesatuan dengan Satu ialah Kesatuan dengan Tiga

Tritunggal Mahakudus digambarkan sebagai memiliki satu kodrat ilahi, namun tetap merupakan tiga Peribadi yang berbeza.  Oleh itu, ketiga-tiga Peribadi yang berbeza itu berkongsi kesatuan yang sempurna.  Sebenarnya, mereka tidak mungkin “bersatu” jika mereka tidak berbeza antara satu sama lain.  Maka, perlulah kita berbicara…

Renungan 169: Tenang di Hadapan Raja

Bertemu dengan seseorang yang mempunyai kuasa besar boleh menimbulkan rasa teruja.  Misalnya, bertemu dengan presiden sebuah syarikat tempat anda ingin bekerja, atau bertemu dengan seseorang yang terkenal buat kali pertama, atau bertemu dengan uskup atau Bapa Suci, semuanya boleh menimbulkan rasa teruja.  Namun…

Renungan 168: Mengundang Kerahiman Allah bagi Orang Lain

Hanya satu perkara, dan satu perkara sahaja, yang berkuasa membebaskan para pendosa daripada api neraka.  Perkara itu ialah Kerahiman.  Allah menawarkan Kerahiman-Nya dengan cuma-cuma dan berlimpah-limpah, tetapi Dia juga telah memilih untuk menawarkan Kerahiman-Nya sebagai jawapan kepada doa-doa kita apabila kita berdoa dengan…

Renungan 165: Penyesalan Sempurna

Apabila kita menyedari dosa-dosa kita, kita mungkin memberikan pelbagai reaksi.  Kita mungkin terus bersikap acuh tak acuh, atau bertobat kerana takut akan keadilan Allah.  Namun, tanggapan yang paling baik ialah berpaling kepada Allah dengan kasih dan berasa benar-benar menyesal kerana kasih itu.  Jika kita mempunyai kasih yang membara kepada Allah…