Bahasa Melayu

Renungan 302: Akal Budi yang Hebat, Kuat & Tajam

Fikiran kita ialah kurnia daripada Allah dan salah satu daripada dua cara utama kita diciptakan menurut imej dan rupa-Nya.  Cara yang satu lagi ialah melalui kurnia kehendak bebas kita.  Namun, akal budi ialah kurnia yang luar biasa yang mesti diabdikan kepada karya Allah.  Baiklah kita berdoa agar Tuhan kita…

Renungan 260: Kebesaran Perbuatan Kasih yang Kecil

Adakah anda ingin melakukan perkara-perkara yang menakjubkan di dunia ini?  Adakah anda kadangkala mempunyai gagasan dan impian yang besar?  Kadangkala kita mempunyai impian yang lebih bersifat duniawi tentang kekayaan dan kemasyhuran, dan kadangkala kita mungkin bermimpi untuk melakukan perkara-perkara luar biasa bagi Allah dan Gereja.  Namun, semua ini tidak semestinya kekal sebagai impian…

Renungan 254: Pengilahian

Panggilan kita dalam hidup boleh digambarkan sebagai panggilan kepada pengilahian.  Apakah maksudnya?  Ini bermaksud bahawa Allah datang ke bumi dan mengambil kodrat manusia kita untuk menarik kita masuk ke dalam kehidupan-Nya sendiri.  Dalam erti tertentu, kita dipanggil untuk menjadi Allah.  Gagasan “pengilahian” ini…

Renungan 244: Berkarya hingga Akhir Dunia

Jika anda berusaha siang dan malam untuk menyebarluaskan karya-karya Allah, hal ini baik.  Komitmen anda untuk melaksanakan Kehendak Allah dan menyebarkan Kerahiman Ilahi-Nya akan membuahkan hasil yang baik.  Namun, kita juga harus sedar bahawa Allah mampu menggunakan kita untuk menyebarkan kerahiman-Nya hingga akhir dunia.  Bagaimana?  Hanya…

Renungan 216: Kejernihan Fikiran melalui Kasih yang Sejati

Gereja kita membentangkan kepada kita banyak ajaran yang hanya dapat difahami melalui rahmat.  Sesetengah ajaran berkaitan dengan moral, yang menyeru kita untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan kebajikan luhur.  Sesetengah ajaran berkaitan dengan Allah, kewujudan dan hakikat-Nya sendiri.  Sesetengah ajaran berkaitan dengan manusia dan memperjelas siapa…

Renungan 213: Kurnia Rohani Pengertian

Adakah anda memahami misteri-misteri Allah?  Bayangkan anda seorang ahli teologi yang telah mempelajari iman Gereja kita selama bertahun-tahun.  Adakah pengetahuan tentang semua bidang teologi Gereja kita semestinya menghasilkan dalam diri anda pemahaman yang sejati tentang misteri-misteri ini…

Renungan 199: Kesatuan dengan Yesus ialah Kesatuan dengan Orang Lain

Gereja itu mulia atas pelbagai sebab.  Salah satu aspek kemuliaan Gereja ialah kesatuan yang terdapat di dalamnya.  Memang benar bahawa ada kalanya terdapat banyak perpecahan dalaman, luka hati dan pelbagai bentuk kekacauan.  Namun, semua ini bukanlah sifat Gereja.  Semua ini ialah akibat dosa…

Renungan 178: Kekudusan Tidak Pernah Dicapai dengan Usaha Sendiri

Adakah anda mendambakan kekudusan hidup?  Jika demikian, anda tidak dapat mencapainya dengan usaha sendiri.  Anda memerlukan bantuan orang lain, malah ramai orang lain.  Tuhan telah memberi kita pelbagai cara untuk dibimbing oleh tangan orang lain yang penuh kasih.  Ada yang diberkati dengan seorang pembimbing rohani selama bertahun…

Renungan 177:  Ketaatan Suci

Salah satu perlindungan paling ampuh agar kita tidak melakukan kehendak sendiri dan bukannya kehendak Allah ialah ketaatan suci.  Mereka yang menjalani hidup membiara diberkati kerana dapat menghayati hal ini secara harfiah dan lahiriah, dengan membiarkan amalan lahiriah itu diresapi ke dalam batin supaya mereka menjadi yakin bahawa mereka sedang menjalani…