Bahasa Melayu

Renungan 328: Syurga

Syurga mengundang kita ke dalam kehidupan dalam kemuliaan dan kepenuhan yang melampaui segala yang mampu kita fahami.  Bahkan di Syurga pun kita tidak akan memahami sepenuhnya misteri Allah dan Kerahiman-Nya yang mulia.  Dari Syurga, para kudus, yang berseri-seri dengan kemuliaan dan rahmat, memandang kita di bawah dengan kasih…

Renungan 327: Kehadiran Allah yang Tersembunyi

Allah menyembunyikan diri-Nya.  Tetapi mengapa?  Dia bersembunyi di sebalik tabir kerahsiaan dan keheningan agar kita tekun mencari-Nya.  Dia tidak memilih untuk bersaing dengan gangguan dunia kerana Dia mahu anda memilih-Nya sebagai satu-satunya yang anda dambakan.  Hendaklah anda berhasrat untuk mencari Dia yang tersembunyi di dalam hati anda…

Renungan 324: Saat yang Dirindukan Itu

Apakah yang anda rindukan dalam hidup?  Jika anda boleh memilih satu perkara yang anda inginkan melebihi segala-galanya, apakah perkara itu?  Adakah kematian?  Barangkali tidak.  Yang mengejutkan, orang kudus yang paling agung barangkali menginginkan kematian melebihi apa-apa pun dalam hidup.  Bukan kematian sebelum waktunya atau kematian yang dipilihnya sendiri; sebaliknya…

Renungan 323: Misi Unik Anda

Allah memberikan misi yang unik kepada setiap orang.  Ada yang dipanggil untuk menjalani kehidupan yang sangat terbuka kepada umum; yang lain pula dipanggil untuk menjalani kehidupan yang tenang dan sederhana.  Ada yang dipanggil untuk menggunakan akal fikiran mereka dengan cara yang hebat; yang lain pula dipanggil untuk menggunakan hati mereka dengan cara yang istimewa, tetapi setiap orang mempunyai misi yang unik daripada Allah.  Apakah misi anda…

Renungan 320: Hati yang Penuh Semangat

Salah satu perkara yang paling mudah dilakukan dalam hidup ialah bermalas-malasan.  Bayangkan jika anda tidak mempunyai sebarang tanggungjawab, memiliki segala kekayaan yang anda inginkan dan dapat menghabiskan hari-hari anda dalam kemewahan dan kesantaian.  Keadaan ini akan memupuk hati yang sangat malas dan juga hati yang sangat sedih.  Berehat itu baik…

Renungan 319: Menghadapi Kesunyian

Kesunyian ialah penderitaan mendalam yang ditanggung oleh ramai orang.  Salah satu sebab kesunyian begitu menyakitkan ialah orang yang kesunyian nyata menderita sendirian, dengan hanya segelintir orang, jika ada, yang dapat membantu meringankan kepedihan mereka.  Jika keadaannya bukan demikian, mereka tidak akan berasa sunyi.  Menariknya, bahkan mereka yang dikelilingi orang lain..

Renungan 318: Sikap Tidak Peduli dan Sifat Pelupa

Jika anda sudah berkahwin dan sering bersikap tidak peduli terhadap pasangan anda, hal ini akan menjadi suatu masalah.  Sikap tidak peduli bererti kurangnya keprihatinan yang tulus terhadap kebaikan orang lain.  Sifat pelupa merupakan gejala sikap tidak peduli kerana apabila seseorang kurang mengambil berat, dia mudah terlupa.  Sebagai contoh…

Renungan 317: Menghakimi Orang Lain

Amat mudah untuk menghakimi orang lain, tetapi amat sukar untuk menahan diri daripada menghakimi.  Mengapakah begitu?  Mengapakah anda mungkin begitu mudah menghakimi orang lain sedangkan anda sebenarnya tidak mengenali hati mereka?  Sudah tentu ada banyak sebab bagi dosa ini; salah satunya…

Renungan 314: Kerahiman sebagai Pertahanan yang Kukuh

Apabila sebuah pasukan tentera dikepung, pasukan itu mencari tempat untuk mempertahankan diri.  Kawasan yang lebih tinggi atau tempat yang memberikan naungan dan perlindungan segera dicari.  Demikian jugalah seharusnya dalam kehidupan rohani anda.  Apabila anda terkena panah si jahat, atau apabila kehidupan menjadi…

Renungan 312: Sahabat Sejati dan Setia

Sukar untuk terus bersahabat dengan seseorang yang sedang menderita, terutama apabila penderitaan itu berpanjangan.  Selalunya, pada mulanya, apabila seseorang menderita akibat penyakit atau kesulitan lain, ramai sahabat datang membantu.  Namun, seiring berlalunya waktu, semakin sedikit sahabat yang terus memberikan kasih dan sokongan.  Hal ini…