Bahasa Melayu

Renungan 357: Dorongan Rahmat

Apabila seseorang sedang dilanda kesusahan, anda mungkin menjauhkan diri daripadanya.  Mudah untuk berfikir bahawa meluangkan masa untuknya akan sangat membebankan anda dari segi masa dan tenaga.  Namun, jika Tuhanlah yang membimbing perbualan anda, Dia dapat melakukan perkara-perkara yang menakjubkan dalam masa yang singkat.  Memang, ada…

Renungan 356: Degupan Jantung Anda

Apabila anda berasa teruja dalam hidup, jantung anda mula berdegup lebih kencang.  Ini ialah reaksi semula jadi.  Oleh itu, baiklah anda merenungkan sama ada jantung anda pernah berdegup demi Allah?  Adakah anda membiarkan diri anda diliputi rasa kagum yang kudus akan kehadiran Allah?  Adakah…

Renungan 352: Hukuman dan Rasa Bersalah

Merenungkan hukuman Allah mungkin bukan sesuatu yang menyenangkan.  Namun, haruslah difahami bahawa hukuman-Nya itu nyata dan merupakan tindakan Kerahiman-Nya yang melimpah.  Apabila jiwa-jiwa berpaling daripada Allah dan menolak Kerahiman-Nya, hal ini amat melukai Hati-Nya.  Akibatnya, Allah menjadi…

Renungan 350: Keindahan dalam Adorasi

Dunia ini indah dan menyingkapkan keindahan Allah, tetapi realiti rohani, seperti Ekaristi Kudus, jauh lebih indah.  Untuk melihat keindahan Allah yang hadir dalam Ekaristi Mahakudus, anda memerlukan mata iman.  Salah satu cara terbaik untuk mempertajam penglihatan anda akan keindahan ini ialah melalui adorasi.  Walaupun penerimaan…

Renungan 349: Kehilangan Kedamaian Hati

Apakah yang berkuasa merampas kedamaian dan ketenangan hati anda? Bagaimanakah jika anda dihina, diejek, dihakimi secara tidak adil, dipenjarakan, dipukul atau bahkan dibunuh? Adakah mana-mana perkara ini akan merampas damai Allah dalam hati anda? Hanya jika anda membiarkannya. Amat penting bagi anda untuk mengetahui dan percaya…

Renungan 345: Tenggelam dalam Allah

Pernahkah anda berendam dalam Allah?  Bagi kebanyakan orang, pengalaman ini jarang berlaku, malah ada yang tidak pernah mengalaminya.  Berendam atau tenggelam dalam Allah bermaksud anda begitu larut dalam doa sehingga seolah-olah anda hilang dalam hadirat-Nya.  Apabila ini berlaku, Tuhan menguasai diri anda sepenuhnya…

Renungan 342: Kesegaran daripada Sengsara

Biasanya kita tidak mengaitkan perkataan “sengsara” dengan “kesegaran”.  Bagaimanakah Sengsara Kristus dapat menyegarkan?  Sengsara itu hanya mengerikan dan menyedihkan jika dilihat dari sudut pandangan duniawi.  Tuhan menanggung penderitaan yang amat berat, dan Bonda kita yang terberkati turut menderita bersama-Nya dengan penuh dukacita…

Renungan 339: Jiwa yang Murni

Mungkin anda tidak serta-merta menyimpulkannya, tetapi jiwa yang mengasihi Allah dengan kasih yang murni ditakuti oleh ramai orang.  “Ketakutan” yang mereka rasai ialah ketakutan untuk menentang jiwa sedemikian.  Mereka yang berniat jahat tidak akan berani menyerang orang seperti ini kerana mereka tahu bahawa tindakan itu mungkin memakan diri mereka sendiri.  Mustahil…

Renungan 336: Kekayaan Dunia…atau Allah?

Menarik untuk diperhatikan betapa kerapnya kita menginginkan harta duniawi. Sekalipun anda memiliki segala harta di dunia untuk diri anda seorang, semua itu tidak dapat memenuhi kerinduan dalam hati anda. Hanya satu yang dapat mengisi kekosongan dalam diri anda, iaitu Tuhan dan kehendak-Nya yang kudus. Tiada yang lain…