Bahasa Melayu

Renungan 127: Mengasihi Allah Melalui Ketaatan

Anda dipanggil untuk mengasihi Allah dengan segenap hati, akal budi, jiwa dan kekuatan anda.  Tetapi bagaimanakah anda melakukannya?  Bagaimanakah kasih kepada Allah dinyatakan secara aktif dalam kehidupan kita?  Pada akhirnya, kita mengasihi Allah melalui ketaatan suci.  Kita mesti mentaati Kehendak Ilahi-Nya melebihi segala yang lain.  Mungkin…

Renungan 126: Rasa Takut Seorang Anak – Rasa Takut yang Baik

Adakah anda mempunyai rasa takut dalam hidup anda? Penting untuk diketahui bahawa sesetengah rasa takut tidak sihat kerana berpunca daripada suatu bentuk kesombongan, manakala suatu bentuk rasa takut yang lain pula sihat kerana terhasil daripada kasih anda yang mendalam kepada Allah. “Rasa takut yang suci” ialah rasa takut seorang anak, iaitu rasa takut seorang anak Allah. Ini…

Renungan 125: Jiwa Korban

Tahukah anda bahawa Tuhan kita memilih orang-orang tertentu untuk suatu misi penderitaan yang khusus?  Dia memilih segelintir orang untuk lebih sepenuhnya mencerminkan penderitaan-Nya sebagai Dia yang tidak bersalah di bumi ini.  Jiwa-jiwa yang kudus ini menderita dalam pelbagai cara.  Mereka meneruskan…

Renungan 122: Jika Anda Boleh Memilih

Jika anda boleh memilih antara segala kekayaan di dunia dengan hubungan yang akrab dan penuh kasih dengan Yesus, yang manakah akan anda pilih?  Jangan terlalu cepat menjawabnya.  Kita mungkin tahu bahawa memilih Yesus ialah jawapan yang betul, tetapi adakah anda benar-benar akan memilih Dia?  Bayangkan kuasa dan “kebebasan” duniawi yang anda…

Renungan 121: Taman Rahsia di Lubuk Hati Anda

Bayangkan rumah anda mempunyai sebuah halaman dalaman yang tersembunyi, dan di situ terdapat sebuah taman.  Tiada sesiapa pun yang tahu tentang taman rahsia ini.  Di situlah anda menanam, menggembur tanah, membanting tulang, mencabut rumpai dan menuai.  Hasil taman ini kemudian diagihkan secara rahsia kepada…

Renungan 120: Kasih yang Murni kepada Allah

Tujuan utama hidup anda ialah kasih.  Lebih khusus lagi, yang pertama ialah mengasihi Allah dengan kasih yang murni.  Agar kasih itu murni, kasih itu mesti dibebaskan daripada segala sikap mementingkan diri.  Kasih yang murni hanya memandang kepada Dia yang dikasihi.  Apabila kita mengasihi Allah dengan kasih yang murni, kita akan mendapati bahawa kita…

Renungan 117: Ruang Tertutup Hatimu

Sesetengah biarawati dan rahib menjalani kehidupan klausura dalam lingkungan ruang tertutup.  Tiada sesiapa pun boleh memasuki ruang tertutup itu tanpa alasan yang munasabah, kecuali mereka anggota komuniti beriman tersebut. Orang lain hanya boleh masuk dengan izin pemimpin biara.  Mungkin…

Renungan 116: Kebergantungan Allah pada Kita

Allah sama sekali tidak bergantung pada apa-apa kerana Dia menopang diri-Nya sendiri dengan sempurna.  Bapa, Putera dan Roh Kudus membentuk kesatuan yang sempurna, yang melaluinya Mereka saling berhubung dan saling bergantung.  Dan keadaan saling bergantung ini sudah memenuhi segala keperluan Mereka.  Namun, Tritunggal dengan bebas memilih untuk menjadi bergantung…

Renungan 115: Kehendak Allah Akan Melindungi Anda

Kehendak Allah jauh melampaui suatu rancangan masa depan yang telah Allah sediakan untuk anda.  Kehendak-Nya lebih daripada harapan dan impian-Nya untuk anda.  Kehendak-Nya ialah jalan anda menuju kekudusan dan sumber penghiburan serta sukacita yang terbesar.  Kehendak-Nya bersifat aktif dan juga pasif (mengizinkan).  Kehendak-Nya…

Renungan 112: Kasih akan Allah Meningkatkan Kerinduan Kita akan Allah

Apabila anda mengasihi Allah dan bersukacita dalam kasih itu, kerinduan anda akan Allah akan meningkat.  Semakin anda mengenal-Nya, semakin anda ingin mengenal-Nya, dan semakin anda ingin mengenal-Nya, semakin anda akan mengenal-Nya.  Begitu juga, semakin anda mengasihi-Nya, semakin anda ingin mengasihi-Nya…