Bahasa Melayu

Renungan 29: Saat-saat Penghiburan

Pada waktu yang tepat, jika kita mencari Allah dengan sepenuh hati setiap hari, kita akan mendapati bahawa kita menerima suatu saat penghiburan.  Mungkin kita mengalami kedamaian atau sukacita yang tidak disangka-sangka, mungkin kita berasa diterangi dan diteguhkan, atau mungkin kita sekadar merasakan kehadiran Allah dalam…

Renungan 27: Dugaan yang Diubah Menjadi Keutamaan

Ada kalanya Allah mengenakan dugaan kepada kita.  Hal ini dilakukan-Nya kerana kasih, untuk menguatkan kita dan memperdalam kasih kita kepada-Nya.  Perhatikanlah apa yang anda alami sebagai suatu dugaan.  Tanyakanlah kepada Allah sama ada dugaan ini datang daripada-Nya dan kebaikan apa yang ingin Dia hasilkan daripada dugaan itu.  Dugaan sentiasa berpotensi…

Renungan 18: Kerahiman yang Dikurniakan Melalui Para Imam

Kerahiman dikurniakan melalui pelbagai cara. Antara sekian banyak saluran kerahiman, carilah kerahiman melalui para imam Allah yang kudus. Biarlah imam-Nya mendengar anda, berbicara kepada anda dan membimbing anda. Para imam lemah dan juga orang berdosa. Namun, dalam kelemahan mereka, mereka dikurniai rahmat khas untuk membimbing jiwa-jiwa. …

Renungan 8: Merenungkan Koronka Kerahiman Ilahi

Buku Harian Santa Faustina menyeru kita kepada suatu bentuk devosi yang baharu melalui pelbagai cara.  Cara ketiga ialah melalui Koronka Kerahiman Ilahi.  Koronka ini ialah anugerah yang amat berharga. Inilah anugerah yang patut kita usahakan untuk berdoa setiap hari tanpa kecuali…

featured image DM

Pengenalan – 365 Hari Kerahiman Ilahi bermula!

Dunia yang kita diami hari ini ialah dunia yang semakin dipenuhi keganasan, kekacauan, keputusasaan dan keterasingan batin.  Inilah dunia yang menghubungkan begitu ramai orang melalui sarana komunikasi moden, seperti tajuk berita harian dan media sosial.  Akibat…

Renungan 365: Ratu Kerahiman

Renungan terakhir ini didedikasikan kepada Ratu Kerahiman, Bonda Allah yang Amat Mulia.  Lebih daripada sesiapa pun, beliau dahulu merupakan dan kini tetap menjadi alat kerahiman Allah yang sempurna.  Beliau melahirkan Dia yang adalah Kerahiman itu sendiri ke dunia melalui fiatnya, jawapan “Ya” yang diberikannya ketika menerima Khabar Sukacita.  Beliau…

Renungan 362: Dua Hati yang Penuh Kerahiman

Hati Yesus ialah Kerahiman yang murni.  Hati-Nya ialah mata air rahmat yang mengalir ke seluruh dunia.  Hal ini memberikan penghiburan, tetapi ada satu lagi hati yang juga mesti menjadi mata air Kerahiman, iaitu hati anda.  Anda mesti begitu tenggelam dalam Kerahiman Tuhan sehingga hati anda…

Renungan 361: Pengorbanan dan Doa

Walaupun hal ini mungkin sukar difahami dan dipercayai, pengorbanan batin yang disatukan dengan doa yang murni mendatangkan kebaikan yang luar biasa bagi pewartaan Injil di seluruh dunia.  Sebenarnya, jika para mubaligh tidak mendapat sokongan kuasa daripada jiwa-jiwa kudus yang setiap hari mempersembahkan pengorbanan batin…

Renungan 360: Pertempuran Rohani

Si penggoda, iaitu syaitan, memang wujud, tetapi dia tidak perlu ditakuti.  Anda tidak sepatutnya memberikan perhatian kepadanya.  Anda tidak sepatutnya melayani gagasannya.  Anda tidak sepatutnya tawar-menawar dengannya.  Ketika menghadapi godaan, anda harus berani, percaya akan kerahiman Allah, dan berharap.  Jangan menjadi…

Renungan 358: Kurnia Allah dalam Dua Bentuk

Sering kali, apabila kita berbicara tentang Kerahiman Allah, kita berbicara tentang pengampunan dosa.  Inilah tindakan pertama Kerahiman Allah.  Dia melihat setiap dosa, bahkan ketidaksempurnaan yang paling kecil sekalipun, dan meskipun dosa-dosa ini menyebabkan Tuhan kita menderita, Dia dengan berlimpah-limpah mencurahkan Kerahiman untuk mengampuni.  Pengampunan…