Bahasa Melayu

Renungan 356: Degupan Jantung Anda

Apabila anda berasa teruja dalam hidup, jantung anda mula berdegup lebih kencang.  Ini ialah reaksi semula jadi.  Oleh itu, baiklah anda merenungkan sama ada jantung anda pernah berdegup demi Allah?  Adakah anda membiarkan diri anda diliputi rasa kagum yang kudus akan kehadiran Allah?  Adakah…

Renungan 355: Percakapan Sia-sia, Tanda Jiwa yang Lalai

Ada orang yang sangat pandai bercakap tentang orang lain.  Mereka sentiasa menyuarakan pendapat dan menghakimi orang lain serta bercakap dengan bebas, seolah-olah mereka sudah memahami segala-galanya.  Janganlah menjadi seperti mereka.  Mereka yang fikiran dan lidahnya sibuk dengan kegiatan…

Renungan 354: Meleraikan Jalinan Dosa

Apabila seseorang mula berbohong dan menjadikannya suatu kebiasaan, akhirnya dia akan terbelit dalam jalinan pembohongan.  Satu pembohongan membawa kepada pembohongan yang lain, dan tidak lama kemudian dia tidak tahu bagaimana hendak melepaskan diri daripada jalinan ini.  Di sinilah anda mesti menunjukkan belas kasihan.  Amat mudah untuk bersikap keras…

Renungan 353: Madah Kemuliaan

Muzik merupakan penemuan dan pengungkapan hukum-hukum alam dalam ciptaan Allah, yang berpandukan aturan dan irama yang terdapat dalam reka bentuk semula jadinya.  Sesetengah muzik menggunakan aturan semula jadi segala sesuatu untuk memuliakan realiti duniawi.  Sesetengah bentuk muzik bahkan mengungkapkan dosa dan kekacauan.  Namun…

Renungan 352: Hukuman dan Rasa Bersalah

Merenungkan hukuman Allah mungkin bukan sesuatu yang menyenangkan.  Namun, haruslah difahami bahawa hukuman-Nya itu nyata dan merupakan tindakan Kerahiman-Nya yang melimpah.  Apabila jiwa-jiwa berpaling daripada Allah dan menolak Kerahiman-Nya, hal ini amat melukai Hati-Nya.  Akibatnya, Allah menjadi…

Renungan 351: Mengenal atau Mengalami Allah

Mengenal Allah harus sentiasa menjadi matlamat anda.  Mempelajari Kitab Suci, ajaran Gereja dan riwayat hidup para kudus semuanya membantu dalam usaha ini.  Namun, mengenal Allah bukanlah matlamat tertinggi dalam hidup.  Pengetahuan datang daripada iman, dan iman ialah anugerah daripada Allah.  Tetapi berada sepenuhnya…

Renungan 350: Keindahan dalam Adorasi

Dunia ini indah dan menyingkapkan keindahan Allah, tetapi realiti rohani, seperti Ekaristi Kudus, jauh lebih indah.  Untuk melihat keindahan Allah yang hadir dalam Ekaristi Mahakudus, anda memerlukan mata iman.  Salah satu cara terbaik untuk mempertajam penglihatan anda akan keindahan ini ialah melalui adorasi.  Walaupun penerimaan…

Renungan 349: Kehilangan Kedamaian Hati

Apakah yang berkuasa merampas kedamaian dan ketenangan hati anda? Bagaimanakah jika anda dihina, diejek, dihakimi secara tidak adil, dipenjarakan, dipukul atau bahkan dibunuh? Adakah mana-mana perkara ini akan merampas damai Allah dalam hati anda? Hanya jika anda membiarkannya. Amat penting bagi anda untuk mengetahui dan percaya…

Renungan 348: Allah Menggenapi Apa yang Diwahyukan-Nya

Sungguh menakjubkan apabila kita merenungkan dua fakta ini secara berdampingan.  Pertama, renungkanlah bahawa Santa Faustina mendengar Yesus memberitahunya berulang kali bahawa Dia menghendaki agar Pesta Kerahiman Ilahi diisytiharkan dan dirayakan pada Hari Ahad Paskah Kedua setiap tahun.  Bagaimanakah biarawati klausura yang rendah hati ini dapat melaksanakan tugas sedemikian bagi seluruh Gereja…

Renungan 347: Komuni Kudus

Tiada anugerah yang lebih besar di dunia ini daripada Komuni Kudus.  Namun, begitu kerap kita menghampiri Sakramen itu dengan hati yang terganggu dan tidak memberi perhatian.  Untuk mengatasi gangguan seperti itu, anda mesti terlebih dahulu yakin, dengan sepenuh akal budi anda, akan kebenaran-kebenaran mendalam tentang realiti Komuni Kudus.  Anda mesti tunduk…