Bahasa Melayu

Renungan 279: Keyakinan Batinmu

Kamu harus berusaha mendengar Allah berbicara kepadamu melalui keyakinan batin dalam jiwamu.  Ada kalanya kamu mungkin merasakan bahawa Suara Allah lantang dan jelas, dan pada waktu lain suara itu mungkin kedengaran samar dan mengelirukan.  Ada banyak perkara yang boleh bersaing dengan Suara Allah…

Renungan 278: Jendela kepada Misteri Kerahiman Allah

Santa Faustina diminta agar mendapatkan sebuah lukisan Yesus dengan sinar Kerahiman yang mengalir dari Hati-Nya.  Dia berbuat demikian dan Yesus menegaskan kepadanya bahawa banyak jiwa akan tertarik kepada-Nya melalui gambar ini.  Menarik untuk direnungkan betapa pentingnya gambar ini bagi Yesus dan Santa Faustina…

Renungan 277: Kerahiman untuk Menghilangkan Ketegangan

Ketegangan sering menjadi sebahagian daripada kehidupan.  Ada orang yang menghadapi banyak ketegangan, kekecewaan dan bahkan kemarahan yang melampau dalam kehidupan seharian mereka.  Pada mulanya, kemarahan orang lain boleh membuat anda berwaspada dan mendorong anda berasa takut.  Ini reaksi yang biasa.  Kemarahan orang lain juga boleh mendorong anda…

Renungan 276: Melihat Tanpa Mencapai Hasil

Adakah Allah murka terhadap anda apabila anda tidak berjaya menyelesaikan sesuatu tugas demi kemuliaan-Nya?  Itu bergantung pada keadaannya.  Dia mungkin menyatakan kemurkaan-Nya yang kudus jika kegagalan itu berpunca daripada dosa anda.  Kemurkaan ini merupakan tindakan kerahiman-Nya yang memanggil anda untuk bertaubat.  Namun, pada waktu lain, pekerjaan dan pelayanan anda kepada Allah mungkin terhalang…

Renungan 275: Kemuliaan dalam Hari-hari yang Membosankan

Pada pandangan pertama, “membosankan” dan “kemuliaan” mungkin kelihatan tidak sepadan kecuali apabila digunakan sebagai perbandingan yang bertentangan. Namun, kedua-dua perkataan ini disatukan dalam Fikiran Allah. Kedua-duanya “disatukan” dalam erti kata bahawa kita dapat memuliakan Allah dan mencapai kekudusan melalui tugas harian kita yang membosankan. Walaupun…

Renungan 274: Memperbaharui Kaul Anda

Sudah menjadi amalan biasa bagi pasangan yang telah berkahwin untuk memperbaharui janji perkahwinan mereka dari semasa ke semasa, khususnya pada ulang tahun yang penting.  Para paderi dan anggota hidup bakti juga memperbaharui kaul dan janji mereka.  Amalan ini baik dan suci kerana kita harus sentiasa memperbaharui…

Renungan 273: Tiada Ikatan Duniawi, Hanya Kasih kepada Allah

Puncak hubungan kita dengan Allah merangkumi keadaan apabila setiap ikatan duniawi yang lain dilucutkan daripada kita, sehingga tiada apa-apa yang menghalang kita daripada berlari menuju Allah dengan penuh semangat dan tujuan yang jelas.  Kita mesti dibebaskan daripada setiap keterikatan dalam hidup ini supaya satu-satunya ikatan kita ialah dengan Allah dan milik-Nya yang kudus…

Renungan 272: Penzahiran Lahiriah Hati

Tiada sesiapa pun dapat melihat hati anda selain anda sendiri dan Allah.  Allah mengetahui setiap perincian kehidupan batin anda dengan sempurna; anda pula melihat perincian kehidupan batin anda secara tidak sempurna.  Namun demikian, penting bagi anda untuk semakin menyedari realiti kehidupan batin anda.  Lihatlah…

Renungan 271: Memandang Melampaui Rintangan Hidup

Satu kecenderungan dan godaan yang sangat lazim dihadapi oleh kebanyakan orang ialah terlalu tertumpu pada penderitaan, penghinaan dan pandangan salah orang lain.  Apabila kita mengalami satu atau lebih beban ini, kita boleh tergoda untuk menjadikannya tumpuan utama hidup kita.  Sebagai contoh…

Renungan 270: Perincian Kehendak Allah

Adakah kamu bersedia menerima Kehendak Allah dalam hidupmu?  Jika ya, kamu mesti terbuka kepada segala perinciannya.  Kehendak Allah bukanlah suatu gagasan umum yang muluk-muluk.  Memilih Kehendak-Nya bukan sekadar mengatakan bahawa kamu memilih untuk mengikuti-Nya secara umum.  Sebaliknya, memilih Kehendak-Nya…