Imej oleh Junnifer Baya di Pixabay
Sering kali, Allah ingin menyampaikan kepada anda suatu pesanan khusus yang perlu anda dengar. Mungkin ketika anda mendengar homili, membaca buku, mendengar sesuatu di radio atau berbual dengan seorang sahabat, ada sesuatu yang secara khusus menarik perhatian anda tetapi nampaknya tidak memberi kesan kepada orang lain. Berikan perhatian kepada ilham ini; ia merupakan anugerah kerahiman Allah kepada anda dan penyataan kasih-Nya kepada anda (Lihat Buku Harian #456).
Renungkan apa-apa yang telah menarik perhatian anda kebelakangan ini. Adakah anda mendengar sesuatu yang seolah-olah diucapkan khusus untuk anda? Adakah sesuatu yang bermain dalam fikiran anda? Jika ya, luangkan masa untuk merenungkan perkara itu dan cubalah menilai sama ada ia datang daripada Tuhan serta apa yang mungkin hendak disampaikan-Nya kepada anda melaluinya. Ini mungkin suara Allah yang berbicara kepada anda dan suatu tindakan kerahiman-Nya yang agung.
Tuhan, aku rindu mendengar suara-Mu. Bantulah aku untuk memberikan perhatian kepada firman-Mu yang disampaikan kepadaku. Apabila Engkau berbicara, bantulah aku untuk mendengar dan menyahut-Mu dengan kemurahan hati dan kasih. Yesus, aku percaya kepada-Mu.
Hari Kesembilan: Novena sebagai persiapan untuk Hari Minggu Kerahiman Ilahi
11 April – Santo Stanislaus, Uskup dan Martir
(Tidak dirayakan sebagai peringatan liturgi pada tahun ini kerana jatuh dalam Oktaf Paskah)
Renungan Kitab Suci untuk Musim Paskah
Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain





