Bahasa Melayu

Renungan 201: Malam Bersama Yesus, di Penjara

Bayangkan bagaimana rasanya jika anda dapat dibawa secara mistik ke malam Khamis Putih.  Dan bayangkan jika anda dapat melihat dan mengalami segala yang dilalui oleh Yesus.  Bayangkan penderitaan-Nya di Taman Getsemani, cemuhan dan layanan kasar…

Renungan 200: Kesatuan Kasih dan Penderitaan

Adakah kasih dan penderitaan saling bertentangan?  Dengan kata lain, jika anda menanggung banyak penderitaan, masih bolehkah anda memiliki kasih yang besar?  Satu soalan untuk direnungkan ialah: Apakah punca penderitaan anda?  Adakah dosa anda?  Adakah belas kasihan terhadap orang lain?  Adakah sesuatu yang bersifat fizikal atau psikologi…

Renungan 199: Kesatuan dengan Yesus ialah Kesatuan dengan Orang Lain

Gereja itu mulia atas pelbagai sebab.  Salah satu aspek kemuliaan Gereja ialah kesatuan yang terdapat di dalamnya.  Memang benar bahawa ada kalanya terdapat banyak perpecahan dalaman, luka hati dan pelbagai bentuk kekacauan.  Namun, semua ini bukanlah sifat Gereja.  Semua ini ialah akibat dosa…

Renungan 198: Kerahiman Empati Sejati

Ketiadaan empati sejati yang lahir dari hati merupakan tanda jelas adanya gangguan tertentu dari segi psikologi, emosi, malah rohani.  Hal ini disebut kerana perkara yang sebaliknya juga benar.  Adanya empati sejati yang lahir dari hati merupakan tanda bahawa seseorang itu sihat dari segi psikologi, emosi…

Renungan 197: Aku Haus

“Aku haus.”  Dua kata ringkas ini mengandungi makna yang begitu mendalam.  Kata-kata ini diucapkan oleh Tuhan kita dari atas Salib.  Seorang askar cuba memberikan sedikit kelegaan dengan menghulurkan bunga karang yang direndam dalam cuka anggur kepada-Nya untuk menghilangkan dahaga-Nya.  Anggur yang menjadi cuka ialah lambang jiwa yang menjadi…

Renungan 196: Mengasihi Yesus dalam Diri Orang Lain

Kita cukup biasa dengan petikan Injil ini, “Apa sahaja yang kamu lakukan kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku, kamu lakukan kepada-Ku” (Matius 25:40).  Tetapi adakah anda mempercayainya?  Jika ya, anda akan mendapati bahawa mengasihi Yesus itu mudah dan bahawa anda berpeluang berbuat demikian sepanjang…

Renungan 195: Kenikmatan Manis Kita

Jika anda seorang pakar dalam bidang merasa wain, dan diberi pilihan antara sebotol wain yang sangat bermutu dengan sebotol wain murah, sudah tentu anda akan memilih yang sangat bermutu.  Anda tentu tahu perbezaannya dan tidak akan begitu menikmati wain murah itu kerana mengetahui…

Renungan 194: Kepuasan dalam Hidup

Apakah yang memberi anda kepuasan dalam hidup?  Jawapan kepada soalan ini mungkin sangat berbeza antara seorang dengan yang lain.  Seseorang mungkin mendapat kepuasan dalam pekerjaan, seorang lagi dalam kegiatan keluarga, yang lain dalam khidmat masyarakat, dan yang lain pula dalam kekayaan serta ganjaran duniawi.  Ada banyak jawapan yang berbeza-beza…

Renungan 193: Jangan Ragu-ragu

Jika anda memenangi satu juta dolar, anda mungkin tidak akan berkata, “Tidak, berikan sahaja $100 kepada saya, itu sahaja yang saya mahu.”  Namun, itulah yang sering kita lakukan terhadap Kerahiman Allah.  Allah menawarkan kekayaan yang melimpah-ruah, tetapi kita memilih untuk mengambil hanya sebahagian kecil daripadanya.  Mengapakah begitu?  Kerahiman-Nya tidak terbatas.  Kerahiman-Nya tidak terhingga.  Jika kita…

Renungan 192: Mengasihi Allah pada Waktu Senang dan Susah

Mudah untuk “mengasihi” Allah apabila segala-galanya berjalan lancar. Namun, apabila segala-galanya berjalan lancar, kasih kita tidak diuji. Ujian yang datang melalui penderitaan manusia memperjelas kasih kita kepada Allah. Hal ini boleh membuahkan banyak hasil dalam kehidupan rohani kita. Mudah untuk menganggap bahawa kesulitan hidup tidak lain hanyalah…