Bahasa Melayu

Renungan 137: Kuasa dalam Salib

Apabila kamu berdoa, pernahkah kamu duduk dan merenung salib berpatung Kristus?  Dari sudut pandangan orang luar, salib itu merupakan suatu kenyataan yang membingungkan.  Mengapakah kita menjunjung tinggi dan menghormati peristiwa yang begitu mengerikan?  Pembunuhan kejam Putera Allah mungkin bukan sesuatu yang menarik hati kita pada mulanya.  Namun…

Renungan 133: Tindakan dengan Kekuatan Sendiri

Kita tidak dapat melakukan apa-apa yang baik dengan kekuatan sendiri.  Inilah hakikatnya.  Apa yang dapat kita lakukan dengan kekuatan sendiri hanyalah berdosa.  Sesungguhnya, satu-satunya cara untuk menyenangkan hati Allah dan melakukan perkara yang baik bagi-Nya ialah dengan bergantung kepada-Nya dalam segala hal.  Kita mesti menjalin hubungan yang bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam segala…

Renungan 130: Menegur Orang Lain dengan Kasih

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap daripada kita, dari semasa ke semasa, akan berhadapan dengan dosa orang lain.  Dosa itu mungkin berupa kata-kata, tindakan atau kelalaian mereka untuk melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan.  Dosa menyakitkan dan memerlukan teguran.  Sering kali, apabila orang lain berdosa terhadap kita, kita cenderung menjadi marah.  Tetapi…

Renungan 126: Rasa Takut Seorang Anak – Rasa Takut yang Baik

Adakah anda mempunyai rasa takut dalam hidup anda? Penting untuk diketahui bahawa sesetengah rasa takut tidak sihat kerana berpunca daripada suatu bentuk kesombongan, manakala suatu bentuk rasa takut yang lain pula sihat kerana terhasil daripada kasih anda yang mendalam kepada Allah. “Rasa takut yang suci” ialah rasa takut seorang anak, iaitu rasa takut seorang anak Allah. Ini…

Renungan 119: Penyangkalan Diri Dalaman dan Luaran

Penyangkalan diri ialah amalan menyangkal kehendak sendiri agar kita semakin bebas daripada keterikatan pada perkara-perkara dunia ini yang sementara.  Kita mesti berusaha untuk melepaskan keterikatan pada segala-galanya kecuali Allah dan Kehendak-Nya yang kudus.  Bukanlah segala yang kita sukai atau ingini itu buruk, tetapi jika kita menginginkan kekudusan sejati, keinginan kita…

Renungan 117: Ruang Tertutup Hatimu

Sesetengah biarawati dan rahib menjalani kehidupan klausura dalam lingkungan ruang tertutup.  Tiada sesiapa pun boleh memasuki ruang tertutup itu tanpa alasan yang munasabah, kecuali mereka anggota komuniti beriman tersebut. Orang lain hanya boleh masuk dengan izin pemimpin biara.  Mungkin…

Renungan 115: Kehendak Allah Akan Melindungi Anda

Kehendak Allah jauh melampaui suatu rancangan masa depan yang telah Allah sediakan untuk anda.  Kehendak-Nya lebih daripada harapan dan impian-Nya untuk anda.  Kehendak-Nya ialah jalan anda menuju kekudusan dan sumber penghiburan serta sukacita yang terbesar.  Kehendak-Nya bersifat aktif dan juga pasif (mengizinkan).  Kehendak-Nya…

Renungan 114: Melepaskan Keterikatan pada Dunia

“Dunia” disebut berkali-kali dalam Kitab Suci, khususnya oleh Yesus sendiri.  Dia berkata bahawa dunia akan membenci anda dan tidak akan memahami anda.  Malah, dunia akan menganiaya anda.  Hal ini boleh menimbulkan ketakutan dan keresahan bagi sesetengah orang.  Hal ini menimbulkan kesan-kesan tersebut dalam diri…

Renungan 111: Dusta Si Jahat

Iblis akan menggoda kita dengan pelbagai cara.  Salah satu cara yang sering digunakan Iblis untuk menyerang kita ialah mengingatkan kita akan dosa-dosa kita, termasuk dosa-dosa yang telah kita akukan.  Dia suka berusaha meyakinkan kita bahawa kita berada di jalan yang salah, bahawa kita tidak berkenan kepada Allah, bahawa kita ialah pendusta dan pendosa.  Dan…

Renungan 110: Sinar Kerahiman

Kerahiman Hati Yesus bersinar dengan begitu gemilang.  Inilah gambaran Kerahiman Ilahi yang dilihat oleh Santa Faustina.  Dari Hati Tuhan kita yang terbuka, terpancarlah limpahan cahaya dan rahmat ke atas dunia.  Yesus ingin terus menyinari dunia…