Renungan 256: Melakukan yang Terbaik
Santa Ibu Teresa sering dipetik sebagai berkata bahawa Allah meminta kita untuk setia, bukan berjaya. Dengan kata lain, kita dipanggil untuk mempersembahkan yang terbaik kepada Tuhan, berusaha untuk setia kepada Kehendak-Nya yang kudus, lalu menyerahkan selebihnya kepada-Nya. Ada kalanya usaha “terbaik” kita kelihatan tidak menghasilkan buah baik yang diharapkan…