Bahasa Melayu

Renungan 115: Kehendak Allah Akan Melindungi Anda

Kehendak Allah jauh melampaui suatu rancangan masa depan yang telah Allah sediakan untuk anda.  Kehendak-Nya lebih daripada harapan dan impian-Nya untuk anda.  Kehendak-Nya ialah jalan anda menuju kekudusan dan sumber penghiburan serta sukacita yang terbesar.  Kehendak-Nya bersifat aktif dan juga pasif (mengizinkan).  Kehendak-Nya…

Renungan 111: Dusta Si Jahat

Iblis akan menggoda kita dengan pelbagai cara.  Salah satu cara yang sering digunakan Iblis untuk menyerang kita ialah mengingatkan kita akan dosa-dosa kita, termasuk dosa-dosa yang telah kita akukan.  Dia suka berusaha meyakinkan kita bahawa kita berada di jalan yang salah, bahawa kita tidak berkenan kepada Allah, bahawa kita ialah pendusta dan pendosa.  Dan…

Renungan 94: Menghadapi Si Jahat

Jika anda ingin mengelakkan kebencian Si Jahat yang begitu dahsyat, maka berhentilah berusaha untuk mencapai kekudusan.  Syaitan masih akan membenci anda, tetapi tidak sehebat kebenciannya terhadap orang kudus.  Namun, sudah tentu ini suatu kebodohan!  Mengapakah sesiapa mahu mengelakkan kekudusan semata-mata untuk mengelakkan kebencian…

Renungan 364: Doa bagi Mereka yang Sedang Nazak

Dalam hal keselamatan kekal anda, saat kematian anda amatlah penting.  Apabila anda mengucapkan doa “Salam Maria”, anda berdoa secara khusus bagi saat yang suci ini.  Saat ini adalah suci.  Namun, saat ini juga merupakan saat apabila Si Jahat akan menyerang anda sekali lagi untuk cuba mencuri…

Renungan 360: Pertempuran Rohani

Si penggoda, iaitu syaitan, memang wujud, tetapi dia tidak perlu ditakuti.  Anda tidak sepatutnya memberikan perhatian kepadanya.  Anda tidak sepatutnya melayani gagasannya.  Anda tidak sepatutnya tawar-menawar dengannya.  Ketika menghadapi godaan, anda harus berani, percaya akan kerahiman Allah, dan berharap.  Jangan menjadi…