Bahasa Melayu

Renungan 107: Menyingkap Jiwa Anda dalam Pengakuan Dosa

Allah mengutus wakil-wakil-Nya kepada kita melalui para paderi-Nya.  Walaupun para paderi tidak sempurna, mereka tetap merupakan wakil Allah.  Hal ini terutama sekali nyata dalam Sakramen Rekonsiliasi.  Amatlah penting bagi kita untuk menerima Sakramen itu…

Renungan 102: Allah Menggunakan Mereka yang Lemah

Jika anda ialah Allah dan anda mahu suatu tugas yang mulia disempurnakan, siapakah yang akan anda pilih?  Seseorang yang mempunyai bakat yang jelas kelihatan?  Atau seseorang yang lemah, rendah hati dan kelihatan mempunyai sangat sedikit bakat semula jadi?  Sungguh menghairankan, Allah paling kerap memilih mereka yang lemah untuk…

Renungan 99: Sebatan Dosa

Mengapakah Yesus menderita sedemikian rupa?  Mengapakah Dia disebat dengan begitu teruk?  Mengapakah kematian-Nya begitu menyakitkan?  Kerana dosa membawa akibat dan menjadi punca kesakitan yang amat besar.  Namun, penerimaan Yesus akan penderitaan dengan rela dan tanpa dosa telah mengubah…

Renungan 98: Menjadi Alat

Apabila Allah memanggil kita untuk melaksanakan sesuatu misi, siapakah yang berkarya?  Allah atau kita?  Sebenarnya, kedua-duanya berkarya: Allah ialah sumbernya dan kita ialah alat-Nya.  Kita berusaha dengan kehendak bebas, tetapi Allahlah yang bersinar melalui kita.  Sebagaimana sebuah jendela boleh menjadi sumber cahaya…

Renungan 71: Kekerdilan dan Ketiadaan Diri Kita

Melihat diri kita sebagaimana adanya ialah suatu rahmat daripada Allah.  Apakah yang akan kita lihat jika kita memandang diri kita dengan cara ini?  Kita akan melihat kemelaratan dan ketiadaan diri kita.  Pada mulanya, hal ini mungkin tidak begitu kita ingini.  Malah, hal ini mungkin kelihatan bertentangan dengan martabat yang kita miliki dalam Kristus.  Namun, di situlah kuncinya.  Kita…

Renungan 63: Bagaimanakah Anda Berbicara dengan Orang Lain?

Apabila berbicara dengan orang lain, kasih dan kerahiman Allah harus mengalir dari bibir kita.  Tetapi bagaimana?  Bagaimanakah seharusnya pertuturan kita?  Salah satu cara untuk meneliti pertuturan kita dengan orang lain ialah dengan melihatnya berdasarkan cara kita seharusnya berbicara dengan Allah.  Apabila berbicara dengan Allah, kita harus berbicara dengan jujur…

Renungan 37: Kerendahan Hati, Kesederhanaan dan Ketulusan

Ada tiga kata untuk direnungkan hari ini: kerendahan hati, kesederhanaan dan ketulusan.  Jiwa yang rendah hati melihat dan mengenal Allah kerana mereka tidak berpaling kepada diri sendiri ketika memerlukan pertolongan.  Mereka menyedari bahawa Allah ialah segala-galanya dan, tanpa-Nya, mereka bukan apa-apa.  Jiwa yang sederhana tidak terperangkap…

Renungan 32: Kerahiman dalam Pengampunan

Sepanjang hidup, anda akan terluka akibat dosa orang lain.  Hal ini tidak dapat dielakkan.  Persoalan sebenar yang perlu direnungkan ialah bagaimana anda menangani luka ini.  Adakah anda akan memendamnya dan terus memikirkannya?  Atau adakah anda akan mengampuni?  Namun, mengampuni sahaja tidak mencukupi.  Anda mesti membiarkan Kerahiman Ilahi meresap begitu mendalam ke dalam jiwa anda…

Renungan 31: Sifat Allah yang Tidak Terselami

Kita tidak dapat mengenali Allah dalam hakikat-Nya.  Dia melampaui pengertian kita dan tidak terselami.  Namun, kita dapat mengenali Allah dengan melihat tindakan-Nya dalam kehidupan kita dan di dunia.  Perhatikanlah sifat-sifat-Nya.  Perhatikanlah karya-karya-Nya.  Perhatikanlah apa yang telah dilakukan-Nya dalam kehidupan anda dan dalam…

Renungan 30: Ketaatan kepada Allah

Salah satu kunci kekudusan ialah ketaatan.  Adam dan Hawa kehilangan rahmat kerana ketidaktaatan, dan kita dipulihkan kepada rahmat melalui ketaatan.  Ketaatan boleh menjadi sukar dan memerlukan keputusan batin yang mendalam.  Carilah peluang untuk taat kepada Yesus, terutama apabila anda…