Bahasa Melayu

Renungan 248: Sumber Tanpa Had

Bayangkan jika anda menemukan sumber alam yang tidak terbatas dengan mencipta sebuah mesin yang menukarkan hanya sedikit oksigen menjadi tenaga tanpa had.  Anda hanya perlu menghidupkan mesin yang anda cipta itu, lalu tenaga pun terhasil…

Renungan 246: Setelah Menyambut Komuni Kudus

Apakah yang kamu lakukan selepas menyambut Komuni Kudus?  Adakah kamu kembali ke bangku gereja dengan perhatian yang terganggu, fikiran yang melayang-layang, sibuk memperhatikan orang di sekelilingmu, sehingga tidak sungguh-sungguh berjumpa dengan Tuhan kita secara rohani?  Atau adakah kamu membiarkan saat itu menjadi saat doa yang sejati dan persekutuan…

Renungan 238: Kesetiaan pada Masa Kegelapan

Walaupun Santa Faustina dan ramai santo dan santa agung yang lain memasuki suatu kegelapan rohani yang unik, yang ditakrifkan oleh Santo Yohanes dari Salib sebagai “Malam Gelap Jiwa” dan “Malam Gelap Roh,” kita semua akan mengalami suatu “kegelapan” dalam satu bentuk atau…

Renungan 237: Kegelapan Iman Memurnikan Kasih Kita

Ramai santo dan santa yang agung, termasuk Santa Faustina, mengalami kegelapan batin dalam hubungan mereka dengan Allah.  Ini merupakan pengalaman yang penuh misteri.  Apabila jiwa semakin akrab dengan Allah, terdapat banyak penghiburan dan perasaan kasih sepanjang…

Renungan 232: Menenangkan Ribut

Ingatlah kisah Yesus menenangkan ribut (Matius 8:23-27).  Mukjizat ini dilakukan sebagai tanda kenabian bahawa Dia membawa damai kepada anda ketika anda menghadapi cabaran tertentu dalam hidup…

Renungan 227: Rancangan Manusia Digagalkan

Mudah bagi kita untuk memikirkan sesuatu yang kita anggap sebagai rancangan yang hebat bagi hidup kita dan demi kemuliaan Allah.  Kita boleh berfikir, merancang, mengembangkan dan mengatur segala sesuatu dengan cara tertentu, hanya untuk mendapati bahawa apa yang telah kita fikirkan itu bukanlah apa yang ada dalam fikiran Allah…

Renungan 219: Kesukaran dalam Mewartakan Kerahiman

Jika anda bertekad untuk menghayati Kerahiman Allah sepenuhnya dalam hidup anda, anda akan diubah jauh melampaui segala yang pernah anda impikan.  Namun, anda juga akan mengalami sesuatu yang lain.  Anda akan menghadapi kesukaran besar dalam usaha anda untuk menghidupi dan mewartakan Kerahiman kepada dunia yang telah jatuh dalam dosa.  Dunia tidak memahami Kerahiman Allah.  Dunia hanya mengenal kekerasan dan penghakiman.  Dunia mencari pembalasan dan menyanjung…

Renungan 209: Mengatasi Kebiasaan Berdosa

Mengatasi dosa memerlukan Kerahiman Allah.  Terlalu kerap kita cuba mengatasi dosa dengan usaha kita sendiri.  Usaha ini sia-sia kerana anda tidak akan sekali-kali dapat mengatasi dosa anda dengan usaha anda sendiri.  Hanya ada satu cara untuk membebaskan diri daripada dosa yang anda geluti, dan…

Renungan 204: Kelopak Jiwa Anda

Kelopak bunga ialah daun luar yang mengelilingi ranggi bunga yang sedang terbentuk, melindunginya sepanjang perkembangannya.  Kelopak ini menjadi semacam “tapak semaian” untuk ranggi yang lembut itu bertumbuh.  Ketika ranggi itu bertumbuh di tempat yang tersembunyi ini, kelopak terus melindunginya.  Setelah ranggi itu berkembang sepenuhnya, kelopak pun terbuka…