Santo Petrus sedang berdoa, karya Matthias Stom
Hanya Allah yang mengetahui apa yang benar-benar diperlukan oleh orang lain. Kita tidak dapat membaca jiwa orang lain melainkan rahmat istimewa ini dikurniakan kepada kita oleh Allah. Namun, setiap daripada kita dipanggil untuk berdoa dengan penuh kesungguhan bagi orang lain. Ada kalanya, jika kita terbuka, Allah akan menggerakkan hati kita untuk berdoa dengan penuh kesungguhan bagi seseorang. Jika kita berasa dipanggil untuk berdoa secara khusus bagi seseorang, kita juga mungkin terkejut apabila mendapati bahawa Allah tiba-tiba membuka pintu bagi suatu perbualan yang suci dan tulus dari hati, yang amat diperlukan oleh orang itu (Lihat Diari #396).
Adakah Allah telah menempatkan seseorang dalam hatimu? Adakah seseorang yang sering terlintas dalam fikiranmu? Jika demikian, berdoalah untuk orang itu dan katakanlah kepada Allah bahawa kamu sedia dan rela untuk mendampinginya jika itulah kehendak-Nya. Kemudian, tunggulah dan teruslah berdoa. Jika Allah menghendakinya, kamu akan mendapati bahawa, pada waktu dan di tempat yang tepat, keterbukaanmu terhadap orang ini boleh membawa perubahan yang berkekalan hingga keabadian.
Tuhan, kurniakanlah kepadaku hati yang tekun berdoa. Bantulah aku untuk terbuka kepada mereka yang Engkau tempatkan di sepanjang jalan hidupku. Dan ketika aku berdoa bagi mereka yang memerlukan, aku menyediakan diriku bagi-Mu untuk Engkau gunakan menurut kehendak-Mu. Yesus, aku menaruh kepercayaanku kepada-Mu.
Hari Ketiga Puluh Tujuh Renungan:
40 Hari di Padang Gurun & 40 Hari di Kaki Salib
Renungan Kitab Suci untuk Musim Paskah
Renungan Kerahiman Ilahi yang Lain




