Bahasa Melayu

Renungan 111: Dusta Si Jahat

Iblis akan menggoda kita dengan pelbagai cara.  Salah satu cara yang sering digunakan Iblis untuk menyerang kita ialah mengingatkan kita akan dosa-dosa kita, termasuk dosa-dosa yang telah kita akukan.  Dia suka berusaha meyakinkan kita bahawa kita berada di jalan yang salah, bahawa kita tidak berkenan kepada Allah, bahawa kita ialah pendusta dan pendosa.  Dan…

Renungan 105: Kesan Allah Bersemayam dalam Diri

Apakah yang akan anda alami jika Allah bersemayam sepenuhnya di lubuk jiwa anda?  Kedamaian, sukacita dan rasa takjub!  Daripada anugerah-anugerah ini, serta daripada Tritunggal yang bersemayam dalam diri anda, anda akan memperoleh keberanian untuk menghadapi kesusahan, kekuatan untuk mengusir ketakutan dan pertahanan yang tidak dapat ditembusi…

Renungan 53: Kesukaran dalam Doa

Kita menghadapi kesukaran dalaman dan luaran ketika berusaha membentuk kebiasaan berdoa setiap hari.  Kesukaran dalaman: rasa tawar hati, kekeringan rohani, rasa terbeban dalam jiwa dan godaan.  Kesukaran ini diatasi melalui kesabaran dan ketekunan.  Kesukaran luaran…

Renungan 39: Kehilangan Penghiburan Rohani

Kita mudah terperangkap dalam pemikiran bahawa, kerana kita mengikuti Yesus, kita sepatutnya sentiasa menerima penghiburan dan ketenangan dalam segala yang kita lakukan.  Benarkah begitu?  Ya dan tidak.  Dari satu segi, penghiburan kita akan berterusan jika kita sentiasa melaksanakan Kehendak Allah dan sedar bahawa kita sedang melaksanakannya.  Namun…

Renungan 28: Godaan untuk Mengeluh

Ada kalanya kita tergoda untuk mengeluh.  Apabila tergoda untuk mempersoalkan Allah serta kasih-Nya dan rancangan-Nya yang sempurna, ketahuilah bahawa godaan ini tidak lebih daripada itu…

Renungan 364: Doa bagi Mereka yang Sedang Nazak

Dalam hal keselamatan kekal anda, saat kematian anda amatlah penting.  Apabila anda mengucapkan doa “Salam Maria”, anda berdoa secara khusus bagi saat yang suci ini.  Saat ini adalah suci.  Namun, saat ini juga merupakan saat apabila Si Jahat akan menyerang anda sekali lagi untuk cuba mencuri…

Renungan 360: Pertempuran Rohani

Si penggoda, iaitu syaitan, memang wujud, tetapi dia tidak perlu ditakuti.  Anda tidak sepatutnya memberikan perhatian kepadanya.  Anda tidak sepatutnya melayani gagasannya.  Anda tidak sepatutnya tawar-menawar dengannya.  Ketika menghadapi godaan, anda harus berani, percaya akan kerahiman Allah, dan berharap.  Jangan menjadi…

Renungan 346: Kurnia Orang Lain

Satu perbuatan belas kasihan yang boleh anda lakukan terhadap orang lain ialah mengenali kurnia Allah dalam hidup mereka dan bersukacita atas kenyataan itu.  Malangnya, godaan untuk berasa cemburu atau iri hati terhadap orang lain sering timbul, terutama apabila anda melihat bakat semula jadi mereka atau rahmat Allah dalam hidup mereka.  Namun…

Renungan 340: Diuji

Diuji mungkin tidak menyenangkan pada mulanya, tetapi ada kalanya kita mendapat manfaat yang besar daripadanya.  Tuhan mengizinkan hal ini berlaku dalam pelbagai cara.  Diuji bukanlah suatu godaan; sebaliknya, melalui ujian yang diizinkan-Nya untuk kita harungi, Tuhan mengajak kita untuk lebih mendalam tunduk kepada Kehendak-Nya yang kudus.  Apabila…