Bahasa Melayu

Renungan 240: Kemanisan atau Kepahitan dalam Hidup?

Yang manakah anda lebih inginkan dalam hidup anda?  Pengalaman pancaindera yang manis atau pahit setiap hari?  Dengan kata lain, adakah anda ingin menikmati pelbagai aspek kehidupan harian anda, atau adakah anda ingin agar tugas harian yang anda laksanakan meninggalkan suatu kepahitan dalam diri anda…

Renungan 238: Kesetiaan pada Masa Kegelapan

Walaupun Santa Faustina dan ramai santo dan santa agung yang lain memasuki suatu kegelapan rohani yang unik, yang ditakrifkan oleh Santo Yohanes dari Salib sebagai “Malam Gelap Jiwa” dan “Malam Gelap Roh,” kita semua akan mengalami suatu “kegelapan” dalam satu bentuk atau…

Renungan 228: Kehadiran Allah yang Tidak Pernah Gagal

Adakah Allah hidup dalam hidup anda?  Adakah Dia tinggal dalam diri anda?  Adakah Dia hadir di lubuk hati anda siang dan malam?  Hanya satu perkara yang dapat menyebabkan Allah meninggalkan anda, iaitu dosa berat…

Renungan 227: Rancangan Manusia Digagalkan

Mudah bagi kita untuk memikirkan sesuatu yang kita anggap sebagai rancangan yang hebat bagi hidup kita dan demi kemuliaan Allah.  Kita boleh berfikir, merancang, mengembangkan dan mengatur segala sesuatu dengan cara tertentu, hanya untuk mendapati bahawa apa yang telah kita fikirkan itu bukanlah apa yang ada dalam fikiran Allah…

Renungan 224: Bersuara atau Berdiam Diri

Salah satu kecenderungan umum manusia ialah bercakap secara berlebihan dan menjelaskan diri kita kepada orang lain, khususnya supaya mereka menganggap tindakan kita wajar.  Hal ini terutama berlaku apabila kita merasakan bahawa orang lain salah memahami kita.  Namun, Yesus mengalami hal ini pada tahap yang paling mendalam…

Renungan 217: Jiwa yang Malas dan Lalai

Kita menyenangkan si jahat apabila kita membiarkan jiwa kita menjadi malas dan lalai dalam perkara-perkara Allah.  Jiwa yang lalai tidak berusaha untuk mengambil bahagian dalam kehidupan Allah.  Jiwa yang lalai bersikap pasif, bukannya aktif, dalam hal-hal rohani.  Bersikap “pasif” bermaksud bahawa orang itu…

Renungan 212: Mengatasi Keraguan

Apakah itu “keraguan?”  Meragui bererti kurang beriman, dan kurang beriman bererti kurang mempercayai penyataan dan rancangan Kehendak Allah yang sempurna.  Pertama sekali, keraguan yang berpunca daripada kekurangan iman bererti anda tidak mendengar.  Apabila kita meragui Allah, rancangan-Nya dan segala yang dinyatakan-Nya kepada kita, kita…

Renungan 211: Dekat dengan Bonda Allah

Kasih seorang ibu boleh digambarkan sebagai “garang” dalam erti bahawa dia sanggup menyerahkan nyawanya demi melindungi anak-anaknya.  Naluri keibuannya timbul apabila anaknya berada dalam bahaya, menderita atau memerlukan pertolongan, dan dia langsung tidak memikirkan kesejahteraan dirinya sendiri demi melindungi…

Renungan 188: Tuntutan Tuhan

Jika Tuhan meminta anda melakukan sesuatu, adakah anda mempunyai pilihan?  Ya, dalam erti kata anda boleh menjawab “Tidak.”  Dan hal ini merupakan dosa.  Tetapi jika anda telah memilih untuk mengikuti Kristus dan matlamat anda ialah Syurga, maka wajarlah dikatakan bahawa kita wajib melakukan apa sahaja yang diminta oleh Tuhan daripada kita.  Permintaan-Nya…

Renungan 177:  Ketaatan Suci

Salah satu perlindungan paling ampuh agar kita tidak melakukan kehendak sendiri dan bukannya kehendak Allah ialah ketaatan suci.  Mereka yang menjalani hidup membiara diberkati kerana dapat menghayati hal ini secara harfiah dan lahiriah, dengan membiarkan amalan lahiriah itu diresapi ke dalam batin supaya mereka menjadi yakin bahawa mereka sedang menjalani…