Bahasa Melayu

Renungan 303: Keheningan

Salah satu bahaya yang dihadapi ramai orang dalam dunia teknologi moden kita ialah kebisingan yang berterusan.  Kita mudah dihujani celoteh sepanjang hari.  Ini mungkin datang melalui radio, TV, Internet, atau percakapan seseorang yang tidak putus-putus.  Jarang sekali kita menemukan saat-saat yang begitu…

Renungan 279: Keyakinan Batinmu

Kamu harus berusaha mendengar Allah berbicara kepadamu melalui keyakinan batin dalam jiwamu.  Ada kalanya kamu mungkin merasakan bahawa Suara Allah lantang dan jelas, dan pada waktu lain suara itu mungkin kedengaran samar dan mengelirukan.  Ada banyak perkara yang boleh bersaing dengan Suara Allah…

Renungan 184: Kerahiman dalam Pelayanan Para Paderi

Tidak, para paderi tidak sempurna.  Mereka berdosa setiap hari.  Mereka sentiasa memerlukan pertobatan dan perubahan hidup dalam kehidupan seharian, sama seperti manusia yang lain.  Namun, mereka ialah paderi.  Dan oleh sebab tahbisan suci mereka, Tuhan berbicara melalui mereka dengan cara yang jelas…

Renungan 180: Sengsara Yesus

Kita yang sudah biasa dengan Injil kadangkala mungkin bersikap agak acuh tak acuh terhadap penderitaan Kristus.  Kita mendengar kisah itu dibacakan setiap tahun dan telah melihat banyak gambaran Sengsara-Nya. Oleh sebab kita sudah begitu biasa dengannya, kita mungkin gagal membiarkannya memberikan kesan yang sewajarnya…

Renungan 177:  Ketaatan Suci

Salah satu perlindungan paling ampuh agar kita tidak melakukan kehendak sendiri dan bukannya kehendak Allah ialah ketaatan suci.  Mereka yang menjalani hidup membiara diberkati kerana dapat menghayati hal ini secara harfiah dan lahiriah, dengan membiarkan amalan lahiriah itu diresapi ke dalam batin supaya mereka menjadi yakin bahawa mereka sedang menjalani…

Renungan 157: Membuat Keputusan Moral

Pernahkah anda bergelut untuk membuat keputusan moral yang betul? Hal ini berlaku akibat sifat manusia kita yang telah jatuh ke dalam dosa. Kita mudah keliru dalam hidup dan mudah gagal memahami Fikiran dan Kehendak Allah. Jadi, apakah yang harus anda lakukan? Ketahuilah bahawa hati nurani anda ialah tempat suci yang…

Renungan 149: Ilham Batin

Terdapat begitu banyak peluang di sekeliling kita untuk berkongsi kerahiman Allah dengan mereka yang memerlukan.  Namun, amat mudah bagi kita untuk terlepas peluang-peluang ini.  Salah satu cara utama kita membiarkan diri menjadi alat Kerahiman Ilahi ialah dengan berusaha untuk sentiasa peka…

Renungan 108: Suara Gereja

Allah telah berbicara kepada para kudus dengan pelbagai cara, termasuk melalui pelbagai rahmat dan ilham dalam batin.  Namun, mistikus yang paling agung sekalipun, yang hidup di puncak kekudusan, pada akhirnya tetap harus tunduk kepada Suara Allah yang disampaikan melalui Gereja-Nya.  Gereja, khususnya…

Renungan 101: Allah Berbicara Melalui Orang Lain

Sering kali, Allah ingin menyampaikan kepada anda suatu pesanan khusus yang perlu anda dengar.  Mungkin ketika anda mendengar homili, membaca buku, mendengar sesuatu di radio atau berbual dengan seorang sahabat, ada sesuatu yang secara khusus menarik perhatian anda tetapi nampaknya tidak memberi kesan kepada…

Renungan 50: Mendengar Suara Allah

Sesungguhnya, sepanjang hari anda, Allah sedang berbicara kepada anda.  Dia sentiasa menyampaikan kebenaran-Nya serta bimbingan-Nya bagi hidup anda, dan Dia sentiasa mencurahkan Kerahiman-Nya.  Masalahnya ialah suara-Nya begitu lembut dan hening.  Mengapa?  Kerana Dia menginginkan perhatian anda sepenuhnya.  Dia…