Bahasa Melayu

Renungan 149: Ilham Batin

Terdapat begitu banyak peluang di sekeliling kita untuk berkongsi kerahiman Allah dengan mereka yang memerlukan.  Namun, amat mudah bagi kita untuk terlepas peluang-peluang ini.  Salah satu cara utama kita membiarkan diri menjadi alat Kerahiman Ilahi ialah dengan berusaha untuk sentiasa peka…

Renungan 143: Percaya, Percaya dan Lebih Percaya Lagi

Setiap renungan dalam buku ini diakhiri dengan doa, dan setiap doa diakhiri dengan doa, “Yesus, aku percaya kepada-Mu.”  Tetapi adakah kamu benar-benar percaya kepada-Nya?  Kepercayaan bukan sekadar tindakan sekali sahaja.  Ia bukan sekadar sesuatu yang kita lakukan atau tidak lakukan.  Kita mesti terus memperdalam kepercayaan kita.  Tiada batas bagi kedalaman…

Renungan 140: Disalahfahami

Dalam hubungan anda dengan orang lain, adakah anda kadangkala berasa disalahfahami?  Mungkin oleh ahli keluarga yang rapat, sahabat, rakan sekerja dan sebagainya.  Masalahnya ialah segala isi fikiran, hati, kehendak, niat serta semua pengalaman masa lalu anda turut menentukan arah…

Renungan 136: Kuasa Hati yang Bersyukur

Jika anda meneliti kandungan kehidupan doa anda sepanjang bulan yang lalu, apakah yang akan anda dapati?  Diharapkan ada banyak saat penyerahan diri, doa syafaat, pujian dan penyembahan.  Diharapkan juga ada banyak saat ketika doa anda dipenuhi kesyukuran yang mendalam kepada…

Renungan 135: Berbicara dengan Yesus

Adakah anda berbicara dengan Yesus?  Ini merupakan suatu bentuk doa yang sangat berbuah.  “Perbualan” dengan Allah bukanlah bentuk doa yang tertinggi, tetapi inilah bentuk doa yang sering perlu kita jadikan titik permulaan.  Perbualan dengan Allah amat berbuah khususnya apabila kita menanggung sesuatu beban…

Renungan 131: Karya Besar Pengorbanan Kecil

Manakah yang lebih baik, melakukan karya besar atau membuat pengorbanan kecil?  Mudah bagi kita untuk menyimpulkan bahawa sesuatu karya besar bagi Allah jauh lebih baik daripada apa-apa pengorbanan kecil.  Namun, benarkah begitu?  Semuanya bergantung pada kehendak Allah.  Kadangkala kita melaksanakan sesuatu “karya besar” bagi Allah, tetapi pada akhirnya, karya itu bukan sebahagian daripada rancangan-Nya.  Sesuatu karya…

Renungan 129: Jangan Takut

“Janganlah kamu berasa takut; berimanlah sahaja” (Markus 5:36).  Empat perkataan ini, “Janganlah kamu berasa takut,” diucapkan berkali-kali dalam seluruh Kitab Suci.  Kita patut memberikan perhatian kepadanya.  Ketakutan boleh melumpuhkan kita dan membawa kita kepada pelbagai cara berfikir dan bertindak yang bodoh.  Orang yang…

Renungan 128: Kemanisan Pertemuan dengan Yesus

Pernahkah anda mengalami kemanisan Yesus?  Dia, bersama Bapa dan Roh Kudus, datang kepada anda di lubuk jiwa anda yang tersembunyi.  Di situ, di tempat yang tersembunyi ini, Mereka ingin berkomunikasi dengan anda.  Komunikasi Mereka melampaui kata-kata dan konsep.  Ia…

Renungan 126: Rasa Takut Seorang Anak – Rasa Takut yang Baik

Adakah anda mempunyai rasa takut dalam hidup anda? Penting untuk diketahui bahawa sesetengah rasa takut tidak sihat kerana berpunca daripada suatu bentuk kesombongan, manakala suatu bentuk rasa takut yang lain pula sihat kerana terhasil daripada kasih anda yang mendalam kepada Allah. “Rasa takut yang suci” ialah rasa takut seorang anak, iaitu rasa takut seorang anak Allah. Ini…

Renungan 122: Jika Anda Boleh Memilih

Jika anda boleh memilih antara segala kekayaan di dunia dengan hubungan yang akrab dan penuh kasih dengan Yesus, yang manakah akan anda pilih?  Jangan terlalu cepat menjawabnya.  Kita mungkin tahu bahawa memilih Yesus ialah jawapan yang betul, tetapi adakah anda benar-benar akan memilih Dia?  Bayangkan kuasa dan “kebebasan” duniawi yang anda…