Bahasa Melayu

Renungan 267: Keadilan atau Kerahiman?

Memang wajar untuk berbicara tentang Keadilan Allah dan juga Kerahiman-Nya.  Kedua-duanya tidak bertentangan.  Keadilan-Nya akan dikenakan ke atas mereka yang enggan bertaubat, sebagaimana keadilan itu dikenakan ke atas para malaikat yang enggan melayani Allah.  Namun, buat masa ini, lebih tepat untuk mengatakan bahawa Allah Maha Rahim.  Sebenarnya…

Renungan 263: Allah sebagai Jurumudi Anda dalam Ribut

Bayangkan anda seorang anak kecil di atas sebuah perahu kecil di tengah laut.  Ribut melanda dan anda tidak dapat melihat daratan di mana-mana arah pun.  Anda terumbang-ambing dipukul ombak yang melimpahi haluan perahu setiap kali menghempasnya, dan anda tertanya-tanya bagaimana anda akan terselamat.  Sekarang bayangkan bahawa ayah anda…

Renungan 261: Yesus yang Tersembunyi dalam Diri Orang Lain

Bayangkan jika Yesus datang kepada anda dalam keadaan miskin, lapar dan kesejukan, lalu meminta anda menjaga-Nya.  Pengalaman ini mungkin mengejutkan anda dan membuat anda tertanya-tanya sama ada orang ini benar-benar Yesus.  Namun, Dialah Yesus.  Yesus datang kepada kita setiap hari dalam diri orang yang memerlukan bantuan.  Mungkin…

Renungan 248: Sumber Tanpa Had

Bayangkan jika anda menemukan sumber alam yang tidak terbatas dengan mencipta sebuah mesin yang menukarkan hanya sedikit oksigen menjadi tenaga tanpa had.  Anda hanya perlu menghidupkan mesin yang anda cipta itu, lalu tenaga pun terhasil…

Renungan 240: Kemanisan atau Kepahitan dalam Hidup?

Yang manakah anda lebih inginkan dalam hidup anda?  Pengalaman pancaindera yang manis atau pahit setiap hari?  Dengan kata lain, adakah anda ingin menikmati pelbagai aspek kehidupan harian anda, atau adakah anda ingin agar tugas harian yang anda laksanakan meninggalkan suatu kepahitan dalam diri anda…

Renungan 239: Meterai Kerahiman

Setiap santo dan santa yang agung menjadi teladan bagi suatu aspek kebaikan Allah.  Ada yang menjalani hidup dengan sikap tidak terikat pada kekayaan duniawi secara luar biasa, ada yang melayani orang miskin dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi, ada yang menjalani kehidupan doa yang mendalam, ada yang menerima wahyu mistik, ada yang menulis berjilid-jilid…

Renungan 232: Menenangkan Ribut

Ingatlah kisah Yesus menenangkan ribut (Matius 8:23-27).  Mukjizat ini dilakukan sebagai tanda kenabian bahawa Dia membawa damai kepada anda ketika anda menghadapi cabaran tertentu dalam hidup…

Renungan 211: Dekat dengan Bonda Allah

Kasih seorang ibu boleh digambarkan sebagai “garang” dalam erti bahawa dia sanggup menyerahkan nyawanya demi melindungi anak-anaknya.  Naluri keibuannya timbul apabila anaknya berada dalam bahaya, menderita atau memerlukan pertolongan, dan dia langsung tidak memikirkan kesejahteraan dirinya sendiri demi melindungi…

Renungan 208: Anak Panah Rohani Kerahiman

Biasanya, anak panah melukai dan membunuh.  Sepanjang sejarah, anak panah telah digunakan untuk berperang dan berburu.  Namun, anak panah rohani kerahiman amat berbeza.  Ingatlah kata-kata Nabi Simeon kepada Bonda Maria yang Terberkati, “Dan jiwamu sendiri akan ditembusi sebilah pedang” (Lukas 2:35).  Dan…

Renungan 207: Mendapat Ketenangan dalam Hati Kristus

Kanak-kanak sering mendapat ketenangan yang mendalam apabila meringkuk rapat dalam pelukan ibu atau bapa yang penyayang dan lemah lembut.  Didekap erat dalam pelukan penuh kasih ini memberikan rasa puas yang mendalam.  Pada saat-saat ini, ketakutan dan kebimbangan lenyap, dan kedamaian serta penghiburan kembali setelah dilanda kesusahan.  Demikian jugalah seharusnya…